topbella

Thursday, September 22, 2011

KAU MENYESAL JUMPA AKU ? ? ?

AssalamualaikumWBT... Bismillahirrahmanirrahim.. لله تعالى Aku hanya memohon keredhaan-Mu dan memohon kecintaan-Mu dalam apa jua yang aku lakukan Ya Allah...

TUESDAY, Sayeda Zainab, Cair0 - 9.45pm... Dr. Bell just had my 'futur' (berbuka puasa).. hehe.. i'm not in the mood to eat anything now. Alhamdulillah Allah bagi nikmat hidup lagi. Hidup untuk-Nya itulah tujuan hidup seorang hamba. Jika itu tujuannya maka mudahlah liku kita untuk menuju nikmatnya. Namun jika itu bukan tujuannya maka perihlah liku kita yang takkan sampai-sampai kepada nikmat walau manapun kita berusaha. Kerana Allah telah janji..

"Sesiapa yang meminta kepada-Nya, akan diperkenankan." 

Guys,

Everyday in ur life, try practising to do this 3 things.... 3 M... JANGAN MENGELUH, MERUNGUT DAN MENYESAL. Dr. Bell was also trying until this moment. Try to make it and once u ols made it, u ols akan rasa h0w great the obstacle pun, it's just a cute little tiny thing... =)

We learnt something from our teacher.. in the school since we're 5 years old! We went to school every morning carrying the bag full of books... Teacher gave us so much ILMU supaya kita kan berjaya dan akhirnya akan success dalam hidup kan?? Dapat kerja yang baik dan harta rezeki melimpah ruah. Hidup senang. That's theoritical....

We learnt to do something from our parent.. at home since we're a BABY! We lived together with them everyday with all the laughing and sadness... Our parents gaves a lot of ILMU supaya kita akan berdikari dalam hidup kita dan akhirnya dapat hidup bebas tanpa kongkongan daripada mereka kan?? Dapat uruskan diri dengan baik dan mempunyai keluarga yang bahagia. That's practically....

But remember that......

How Allah teach us???
How Allah introduce us to this hatred world??? 
How Allah manage ourself to be a better hamba???

Guys, Everyday... Setiap hari... Setiap saat... Setiap detik... Allah give us chance to learn. Allah biarkan kita hidup menongkah arus kehidupan s0, we can learn more and more. Then, once He felt kita dah mula salah jalan and buat yang bukan dari apa yang diajarkan... Dia tarik kita semula ke jalan yang betul dengan berhikmah. Same as what our teacher did what our parent did... Bila kita degil, cikgu denda. Bila kita nakal, mak bapak kita rotan pukul kita. Semua sebab nak sedarkan kita yang we did wrong.... but the different is Allah didn't use tali pinggang to rotan us.. Allah tak gune pembaris to pukul us.. Allah tak gune bulu ayam to make our badan berbirat. Allah just give us something called "MUSIBAH" which is more greater than tali pinggang, pembaris and bulu ayam.

That's one of the HOW Allah want to teach us about life as His hamba.

Then see.... everyday Allah temukan kita dengan perkara yang baru, orang yang baru, pengalaman yang baru. we'll never know WHY WE MEET THAT PERSON?? WHY WE HAVE TO KNOW THAT PERSON?? Never!! till hikmah Allah muncul.. barulah kita akan sedar... Semuanya Allah telah takdirkan dan kitalah pelakon yang Allah telah tetapkan...

In your life, don't ever say that u're regretting meet somebody....

"Menyesal betullah aku jumpa dia semalam... Habis nasib malang aku hari ni semua tak kena.."


"Kenapalah aku perlu jumpa dia lagi??"


"Dah tak de muka lain ke aku kena tengok?"


"Kenapalah aku jumpa dia dulu, kalau tak pernah jumpa kan lagi bagus.."


"Kenapalah aku kenal dia??"

Guys, JANGAN!! Jangan pernah merungut macam ni. Sebaliknya, bersyukurlah kerana kita ditemukan dengan orang yang baru setiap hari. Kalau tak orang yang baru pun, pengalaman yang baru sama ada baik atau buruk kerana itu semua adalah PELAJARAN dari Allah. Kita kena habiskan silibus setiap tahun. Silibus hidup kita hanya akan habis when kita hembuskan nafas yang terakhir. Time tuh kita akan ada PEPERIKSAAN yang sangat besar.. lagi dahsyat dari SPM. EXAM with malaikat in alam barzakh. When kita NAJAH ( success ) then barulah kita boleh naik tahun sama ada ke syurga atau neraka... That's life~~!


Setiap hari, Allah berikan kita perkara yang baru agar kita dapat terus belajar dan belajar. Hidup ini tidak akan lari dari pembelajaran walaupun seseorang tidak bergelar pelajar atau mahasiswa. Selagi bergelar hamba Allah selagi itulah we've to learn.. ^_^

Kita akan terus belajar dari seseorang itu walaupun orang itu kawan atau lawan. Kita akan belajar erti hidup daripadanya. If we juz learn the good one, kita akan senang jatuh when we had to go trough the tough one. S0, Allah maha bijaksana. Dia bagi kita dua-dua. COMBO! sebab tuh dalam hidup kita, ada orang yang tak suka kita dan ada orang yang boleh jadi kawan baik kita. ^_^ Mungkin ada ilmu pada seseorang itu yang kita tak tahu akan bawa manfaat pada kita even dia itu baik atau buruk untuk kita.

LEARN WITH THE EYE OF THE HEART NOT THE EYE OF US. becoz mata kasar kita terlalu banyak menipu. Syaitan banyak bergayut kat situ. but mata hati kita terlalu suci untuk syaitan bertapak. Jagalah hati kita dari noda-noda dosa. Husnu zhon lah pada setiap orang yang kita jumpa. Jumpa yang jahat, fikirlah dia lagi mulia dari kita kerana dia tak tahu salah yang dia lakukan dari kita yang masih buat salah walaupun dah tahu benda tuh salah. Jumpa kanak-kanak yang nakal, fikirlah mereka lagi mulia dari kita kerana dosa mereka amatlah sedikit dari kita. Jumpa orang yang teruk dari kita, doakanlah agar dia berubah kepada yang lebih baik. Apabila kita mendoakan orang lain tanpa diketahuinya maka doa itu akan Allah perkenankan pada diri kita dahulu.. Subhanallah....






Salam Ababah... - ANAA'AA





Wednesday, September 21, 2011

Allah tetap dengan JANJI-NYA

  AssalamualaikumWBT... Bismillahirrahmanirrahim.. لله تعالى Aku hanya memohon keredhaan-Mu dan memohon kecintaan-Mu dalam apa jua yang aku lakukan Ya Allah...

WEDNESDAY, Sayeda Zainab, Cair0- it's 3.05pm... Alhamdulillah.. my new room was done and one of my ahli beit already came back. Alfu syuk Lilllah... Subhanallah.... Dahaganya Dr. Bell pada hari yang panas terik taklah sedahaga, dahaganya Dr. Bell pada kasih-Mu YaAllah... Pernah terasa tak diri u ols ckup sempurna dengan kasih sayang Allah? Rasa sangat hepi. Tapi guys, u must know sumthing, kasih sayang Allah itu wlupun hidup selama-lamanya kita takkan pernah cukup waktu untuk memperolehinnya. Everyday we need to islah diri kita, present the best for Him becoz we need His syurga damnly~~! No body can help us guys, u and urself only... Insya-Allah kheir.... I'll pray for u guys... Pray for me t00!! ^_^

Do you realised something.......

Guys. Allah always wif us right?? we'll never know where He is.... Sesungguhnya Allah itu lebih dekat dari urat lehermu. Tatkala sedang bersedih, ingatlah Dia di sisi. Allah is just beside you. Even ur fren is so far from ur neck! Haha... Tatkala u ols hepi, risau, runsing, bimbang pun.. just remember that He also feel what u feel. For true apa yang kita rasa tuh sume is dugaan. kan?? He want to test ur Iman. Tidak beriman seseorang itu selagi dia tak diuji guys...

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka 
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati
hanya cintakan ilahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan

( Mestica : Kerana Cinta )


Guys, Allah love us so much. Dr. Bell had felt it... Truly i said. Mungkin kerana cinta yang satu pada seseorang yang bernama insan itu, Dr. Bell a little bit terlalai. Maybe my amalan sunat is decreasing. Maybe my tahajjud is not so strong like before. Maybe my Dhuha is not so constant like before. Maybe my life is just for him not Him. and at last Allah sangat 'terasa' to what 've i done...... and yet He gave me this DUGAAN... Oh My god..  do u think what i'm thinking?? 

And yess... i love Him so much. I'm in love in Allah... but then Dr. Bell menduakan cinta-Nya.... Allah sangat sayangkan Dr. Bell and Dia make a way for jalan pulang for me... Thank you Ya Allah untuk dugaan itu. Even it was so heavy.. even it was s0 unacceptable for me but i know i have You... all the way my steps.... Thanx for taking me back to ur path.. Alhamdulillah....

Guys, 

i'm not saying the lie tau... this is my experience and u should take a NOTE...! Don't let urself be like DR. BELL.... dun be like me yang tak sedar diri. Be a hamba yang tahu bersyukur. I beg.... 

What's in my heart...?? just listen n try to understang guys... this is for u...

AssalamualaikumWBT....

Dah lama saya tak nangis lama-lama macam sekarang yang saya buat. syok jugak sebenarnya. Rasa yang terpendam dulu-dulu.. Alhamdulillah dapat diungkapkan. Rasa hati ini bersih suci semula daripada dosa. Rasa macam baby yang baru lahir even muka sembab macam kena sengat tebuan. Haha... Semalam after mengadu semalaman. I got one answer. Semuanya berhikmah. Yes... saya percaya dan saya akan tunggu hikmah itu bersama janji yang Allah telah janjikan. Make me strong Ya Allah...

Ya Allah...
Kau sebaik-baik teman. Sesungguhnya tiada yang terbaik dari-Mu. Untuk menemaniku, kau kurniakan keluargaku, mama dan ayah.. dan kawan-kawanku.. sungguh yaAllah.... No body like You... Kau maha pengasih Maha penyayang. Terima kasih sangat atas dugaan-Mu yang semalam. Hanya lafaz syukur ku panjatkan. Sesungguhnya dugaan ini sebenarnya tidak sedikit pun mengusik jiwaku namun aku hanya ingin mengeluarka apa yang terpendam sebelum ini. Mungkin inilah waktunya yang sesuai. Dan dugaan yang Kau berikan semalam hanyalah penyebab untukku menangis. 

Aku kuat kerana Kau Ya Allah... Aku tahu Kau ada. Aku redha dengan apa yang berlaku. Aku harap apa yang terjadi makin mematangkan diriku dalam menongkah arus kehidupan. Janganlah Kau turunkan dugaan ini pada sesiapa yang ku kenali.. saudara-maraku dan sahabat-sahabatku kerana aku tak tahu mampukah mereka... cukuplah aku... Pahit dan deritanya itu biarlah aku sahaja yang mengetahui. Inilah kehidupan yang Kau berikan padaku.. Tiada kuasa aku untuk lari dari sini.. Ujilah aku yaAllah jika itu yang perlu aku bayar untuk mendapatkan syurga-Mu.. 

Ampunkan aku YaAllah.. dalam tempoh yang singkat ini aku lalai menghadap-Mu.. aku berdoa pada-Mu saban malam agar Kau jangan menarik semula hidayah yang Kau berikan tapi sebaliknya aku yang seperti tidak menghargai hidayah itu. Ampunkan dosaku Ya Allah, dosa ibu bapaku, keluargaku dan sesiapa yang aku kenali.. Amin.. ampunkan dosa-dosaku pada ibu bapaku ya Allah...

Terima kasih untuk peluang yang kedua ini Ya robb... jangan sesekali Kau biarkan aku jauh lagi. Jika ada insan lain yang ingin menakluk hatiku, biarlah dia menakluk cinta-Mu dahulu. Kemudian Kau serahkan dia untukku kerana jodoh yang terbaik adalah dari-Mu... Kuatkanlah hatiku dan hati si dia agar teguh menakluki cinta-Mu. Setelah itu, Ya Allah apabila masanya tiba, I'm hoping Kau persegarakanlah segalanya agar hubungan kami hanya kerana-Mu Ya Robb... Kau pemimpin hatiku.. Pimpinlah hatinya juga agar bersama kami menuju redha-Mu......

Guys, i'm so sorry for this entry. Siyesly, i wanna u realised that tiada cinta yang lebih agung dari cinta Allah. Kita sangat lucky if Allah bagi second chance once kita dah mula menyimpang... If not?? How?? Kita takkan realised yang kita buat tuh sume salah. Kerana itu, Keep praying yang terbaik daripada Allah sebab ALLAH TETAP DENGAN JANJI-NYA... Dan janji-Nya itu adalah sebaik-baik kurniaan dalam hidup kita. Janganlah kita merungut dan mengeluh hanya kerana dugaan yang sekecil kuman untuk menguji iman kita.



Ibu marah kita kerana sayang. Ayah pukul kita kerana ingin kita ingat. Allah uji kita kerana ingin kita kembali pada-Nya. 


Salam Ababah... - ANAA'AA

Friday, September 16, 2011

MAMA!! MAMA!!

AssalamualaikumWBT... Bismillahirrahmanirrahim.. لله تعالى Aku hanya memohon keredhaan-Mu dan memohon kecintaan-Mu dalam apa jua yang aku lakukan Ya Allah...

SATURDAY, Sayeda Zainab, Cair0 - 12.10 am!!!! Oh my God! Again Dr. Bell cannot close her eyes and make a sweet dream even i tried to imagine BRAD PITT in my mind~~! haha... I was wondering...~ then, eating, watching movie, reading novels~ NO!! this is not a SOLUTION!! I need to give TAZKIRAH to make my heart calm again... hehe... Alhamdulillah for this nikmat "HIDUP"... till this midnite Allah gave me breath.... =)

One Day.......

Aku menaiki tangga rumahku perlahan-perlahan sambil mendukung IMRAN, bayiku yang baru sahaja menjengah 2 bulan, aku takut MIMI tersedar pada ketika aku melangkah di hadapan pintu biliknya. Kasihan anak daraku yang masih kecil. ketika dia masih lagiy belum menginjak 4 tahun, aku sudah mula mengajar dia erti berdikari. Bukan aku menghalang dia untuk tidur bersama denganku. TIDAK! tidak sama sekali. Cuma tiap kali hati kecilku ingin berlembut dengannya, suamiku memandangku tegas. Kata suamiku, Biarkan MIMI begitu, kalau tidak diajar dari sekarang, manakan lagi ingin dicari masa untuk dia belajar. The kids 've to learn from now. If not believe me that u'll regret soon sayang. Aku akur kehendak suamiku.  Tidak terfikir langsung untuk aku membantah cara dia mengajar anak-anak.

Aku dengan naluri keibuanku yang melonjak-lonjak tidak mampu membendung rasa ingin menjenguk anak daraku di biliknya. Tatkala aku membuka pintu, Aduhai! kesiannya anak ummi tidur sorang-sorang. aku melangkah perlahan sambil tangan memperlahankan suhu penghawa dingin di dinding. Takut MIMI kesejukan. Aku pergi ke arahnya lantas mengusap perlahan rambutnya yang lurus. MIMI, ummi sayang anak ummi. MIMI dan IMRAN la permata ummi dan abi. Jadi anak yang solehah ya sayang. Aku mengucup ubun-ubunnya.

Aku bangun perlahan dari katil sambil menepuk-nepuk punggung IMRAN yang sedang menggeliat. Risau aku IMRAN akan merengek dan membangunkan kakaknya. IMRAN sayang, please behave urself for ummi. Jangan nangis ya sayang. Kakak nak tidur. Hatiku memujuk IMRAN di kendongan. Saat aku ingin menutup pintu, hanya lagi sedikit pintu itu ingin terkatup sepenuhnya, aku terdengar suara halus memanggil "UMMI..."
Aku menolak pintu agar dapat memastikan suara MIMI kah yang aku dengari.

Aku     : Sayang, kenapa tak tidur lagi ni? Kan dah lewat malam? Ummi kejutkan kan MIMI ke sayang?


Mimi   : Ummi, Mimi tak dapat tidur. Mimitak tahu nak buat apa. Ummi teman Mimi malam ni ye. 

Kupandang wajah anakku yang penuh mengharap. Serba salahku apabila melihat IMRAN di ribaan. Terkebil-kebil mata Mimi memandang. Hampir seluruh badannya diselubungi selimut. Aku cuba menepuk-nepuk badannya.

Aku   : Mimi cuba tidur ye sayang. Ummi teman Mimi sekejap. Adik nak tidur ni. Kesian adik ummi pegang macam ni.


Mimi  : Ummi letaklah adik kat sebelah Mimi. Katil Mimi ni besar. Ummi ngan abi pun boleh tumpang tidur sekali.

Aku tersenyum. Pandai anakku memberi alasan agar aku sentiasa bersamanya. Aku akur. Apa salahnya malam ini aku meluangkan masa bersamanya. Kerjayaku sebagai seorang doktor membuatkan masaku terhad untuk bersama anak-anakku. apatah lagi jika ada jadual ON CALL. Namun, aku takkan sekali-kali masuk tidur tanpa mencium anak-anakku.

Aku   : Oklah. Hari ini anak ummi menang. Ummi surrender. Mimi nak ummi buat apa? Ummi ikut je...

Mimi tersenyum senang. Mungkin kerana berjaya memujukku. Alahai kesian anakku. Ya Allah berilah yang terbaik untuknya. Moga aku juga yang terbaik untuk anakku ini. Mimi bangun dari pembaringannya dan menghulurkan tangannya ke arahku. Aku sedia faham. Aku meletakkan IMRAN di atas katil lantas menarik tangan anak daraku. Erat tangannya memeluk leherku. Aku mengusap belakangnya.

Aku   : Kenapa ni sayang? Mimi ada apa-apa story nak cerita kat ummi? Hari ni Mimi buat apa? Come.. i'm here for you capten! 

Aku memandang mukanya sambil membuat gaya tabik pada seorang kapten. Dia ketawa kecil sambil menutup mulutnya. Comel sungguh anakku.

Mimi  : Ummi, hari ni ummi tak sibuk ke? Ummi dah habis tolong orang? ker dah tak de orang sakit lagi?


Aku tergelak kecil. Anakku ini bijak sungguh. Aku memeluknya erat dalam dakapanku. Inilah saat yang paling aku rindui.


Aku  : Hari ini ummi cuti. Ada kawan ummi gantikan ummi. Ummi nak teman Mimi, Imran , abi kat rumah. 


Mimi : Ummi, Mimi nak ummi cerita kat Mimi. Lama Mimi tak dengar ummi cerita. Boleh kan, ummi?


Aku  : Boleh sayang. Tapi kali ni ummi tak mahu cerita. Ummi nak Mimi yang tanya. Boleh?


Mimi : Mimi nak tanya apa? Mimi tak tahu nak tanya apa.


Aku  : Apa-apa saja. Ummi jawab. Ummi janji! ( Sambil aku mengangkat tangan tanda bersumpah )


Mimi : Ummi, kenapa dalam dunia ni ada orang jahat? Mimi takutlah kalau nak main kat playground.


Aku  : Ye ker? Mana ada orang jahat Mimi. Kita semua makhluk Allah. Allah menciptakan manusia itu sebaik-baik ciptaan. Kan ummi dah cakap dulu. Kita kene sangka baik dengan Allah. Lupa ya anak ummi ni?


Mimi : Mimi tak lupa. Cuma tiap kali Mimi pergi playground, Acik Nab kat sebelah rumah mesti cakap jangan pergi main sorang-sorang nanti ada orang jahat. Mimi takut.

Aku tersenyum. Aku leraikan tangan Mimi di leherku dan mengangkat badannya sedikit agar dia selesa. Aku menghadap mukanya penuh kasih.

Aku  : Ok. Macam ni la. Mimi dengar ya ummi nak cakap. Sebenarnya apa yang ada dalam dunia ni semuanya baik. Satu pun tak ade yang buruk. Sebab Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Takkanlah Allah nak cipta bende yang buruk-burukkan? Nabi Adam AS, Allah cipta Nabi Adam dan letakkan ke dalam syurga bukannya neraka. Kerana apa? Kerana Allah suka menggembirakan makhluknya. Manusia ni sayang allah cipta daripada tanah dan roh. Tanah itu lembut. Roh itu suci dari Allah. Setelah itu jadilah manusia dengan penuh sempurna. Allah tak jadikan manusia itu dari api. Sebab itu, baby-baby yang baru lahir semuanya suci. Cuba Mimi tengok IMRAN. Tenang je kan. sebab baby semua takde dosa lagi. 


Mimi  : Oh! Kalau semua cantik, kenapa ada benda yang buruk ummi?


Aku   : Mana ada bende yang buruk sayang. Cuba Mimi fikir semula. Benda yang buruk itu asalnya bagaimana? cantik ke buruk juga?


Mimi  : Mestilah cantik. Lama-lama dia jadi buruk.


Aku   : Pandai anak ummi! ( Aku mencubit pipi Mimi ) Contohnya tengok tuh beg Mimi, kenapa Mimi dah tak pakai lagi? Sebab dah burukkan. Ummi dah beli yang baru yang lagi cantik.

Mimi mengangguk.

Aku   : Tapi dulu beg tuh cantik tak? Cantik kan? Errrmmm... cermin kat dalam toilet tuh kan dah pecah.. dulu elok tak cermin tuh? Elok kan? Baju Mimi tuh dulu elok jer tak koyak kan? sekarang dah jadi kain buruk dah. Apa lagi ya... Ha~ cuba tengok teddy bear Mimi... eeee.. masamnya teddy bear anak ummi ni. dulu wangi jer...


Mimi ketawa besar sambil merampas teddy bear kesayangannya yang aku ambil.


Mimi  : Ala ummi ni. tak aci la. Teddy bear Mimi mana boleh basuh nanti Mimi tak boleh tidur la. ( Aku hanya ketawa kecil )


Aku   : Jadi, anak ummi ni faham tak ummi cerita? Semua dalam dunia ni elok tapi siapa yang rosakkan? Kitalah.. manusia. Orang jahat pun dia jadi jahat sebab diri dia sendiri. Kalau bukan diri dia, orang lain yang buat dia macam tu. Kalau Mimi tak nak jadi orang jahat, Mimi kena kuatkan iman dalam dada ni. Ingat Allah. siapa Allah tuh sayang?


Mimi  : Allah lah yang buat Mimi, ummi, abi ngan Imran. Jadi, Mimi kena sayang Allah. Baru Allah tak ambil ummi, abi dan Imran. kan, ummi?


Aku  : Ya sayang. ( Aku menarik kepala kecil itu dalam pelukan. Bahagianya aku apabila anakku masih lagi ingat apa yang ku katakan. Subhanallah!  Engkau yang maha suci Ya Allah..)


Mimi : Tapikan ummi, benda yang buruk tuh semua boleh elok dan cantik semula kan?


Aku  : Boleh sayang. Allah kan suka benda yang cantik. Sebab itu apabila manusia menjadikan sesuatu itu buruk. Allah bagi ikhtiar agar ada jalan untuk cantikkan semula. Tengok luka kat lutut Mimi tuh~! Kesian anak ummi ni jatuh buai hari tu kan? Lepas ni sapu ubat banyak-banyak, Insya-Allah lutut Mimi cantik semula macam dulu. Kan betul ummi cakapkan, dulu lutut Mimi cantik, pastu jatuh luka jadi buruk, lepas ni dah sapu ubat jadi cantik semula. Allah takkan biarkan sesuatu itu buruk selama-lamanya. Bahkan orang yang akan masuk ke neraka nanti juga akan dimasukkan ke syurga juga setelah selesai menjalani siksaan. 


Mimi  : Mimi nak jadi cantik... Macam ummi...

Aku tersenyum. Manis betul mulut anak kecil ini.

Aku   : Kalau nak jadi cantik kena la jaga biar jangan jadi buruk.


Mimi  : Macam mana nak jaga ummi? 


Aku   : Kenalah jaga diri Mimi. Jaga ibadah Mimi. Jaga hubungan dengan Allah. Hubungan dengan ummi, abi dengan adik. Buat baik dengan orang. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Ingat tak ummi pesan.. Kalau jumpa orang buat 5S.. Senyum, salam, sopan, santun, sapa. Jangan buat 3M, Mengeluh, merungut, menyesal.


Mimi  : Kalau jumpa orang kena sebut kebaikan diorang, hargai diorang jangan herdik diorang. Hari ini kena fikir nak buat baik, buat baik, cakap baik. Kalau tengok orang semua kena sayang. tengok orang baik kena sayang, tengok orang jahat pun kena sayang. doakan agar dia jadi lebih baik.

Aku hampir-hampir mengeluarkan manik-manik air mata apabila laju sahaja mulut kecil itu menyambung kata-kataku. Ya Allah, Kau beri aku harta yang paling indah Ya Allah..... Aku mencium dahi anakku bertalu-talu. Kasih ummi membawa ke syurga anakku... ummi sayang Mimi dan Imran...

Aku   : Mimi, ummi nak mohon ampun dengan Mimi, ummi bukan ummi yang baik untuk mengajar Mimi. Moga Mimi menjadi lebih baik daripada ummi ya.. janji dengan ummi ya sayang? Dulu, nenek Mimi adalah orang yang sangat baik yang ummi jadikan teladan dalam hidup ummi. Ummi tak mampu sayang nak jadi macam nenek ummi. Ummi gagal membentuk peribadi semulia itu. Ummi lah yang buruk itu. Kini, Allah hadiahkan ummi Mimi agar dapat ubah ummi yang buruk itu kepada sesuatu yang lebih elok dan lebih cantik pekertinya. Ummi sayang anak ummi.


Mimi  : Ummi jangan nangis ya ummi. Mimi sayang ummi. Ummi tak buruk pun. Ummilah orang tercannnnttiiikkk pernah Mimi jumpa. Mimi pun tak cantik macam ummi tau. Mimi jeles tau ummi. Abi pun asyik tengok lebih daripada Mimi.

Ya Allah! Anakku sedang membahagiakan hatiku. Sesungguhnya Engkau maha esa... Mimi memeluk leherku erat sambil mencium lama dahiku. Mimi sayang ummi sangat-sangat.... aku dengar suara halus anakku berkata-kata.... dan dia berkata lagi.. makin lama makin perlahan... Ummi, ummi pergilah kerja. Mimi tak marah pun kalau ummi tak ada kat rumah sebab Mimi tahu ummi tengah tolong orang... Kalau ummi takde kesian orang-orang tuh. siapa nak tolongkan ummi? Nanti tiap-tiap malam Mimi doakan ummi dapat power macam powerpuff girl.. biar dapat tolong orang banyak-banyak... Nanti Mimi nak jadi macam ummi.... 

Akhirnya aku dengar dengkuran kecil ditengkukku. Anakku terlelap dalam pelukanku. Aku dukung Mimi perlahan sambil mencapai Imran di katil dan terus menuju ke bilikku. Aku buka pintu perlahan. Takut suamiku terjaga. Aku letak lembut Imran dan Mimi di atas katil dan mencium kedua-duanya sebelum aku ke toilet ingin membasuh muka.

Ketika aku keluar, kelihatan suamiku sedang merenung anak-anak kami. Dia tersenyum apabila perasan aku memandangnya. Dia mendepangkan tangannya. Aku segera faham tindakannya. Segera aku mengelap muka dan menuju ke arahya.

"Kenapa ni sayang? Hari ni kalah ya dengan Mimi?" Aku bahagia dalam pelukannya. Hilang semua kepenatanku menguruskan anak-anak.

"Kesian dia bang. Tidur sorang-sorang. Tadi dia tak dapat tido. Sayang teman dia sekejap. Cerita-cerita sikit. tengok-tengok dah tidur kat bahu sayang. Comelkan anak-anak kita?" Aku merenung anak-anakku. Hanya tuhan yang tahu betapa aku sayangkan mereka. Hartaku...

"Habis tuh kita nak tidur mana ni? Penuh dah katil ni..." suamiku cuba berlawak.

"Macamlah anak-anak kita tuh besar sangat. Abang ni kan... dengan anak-anak pun nak jeles ya?" Aku memandangnya manja.

Ya Allah... tiada nikmat lain selain suami yang penyayang dan anak-anak yang soleh dan solehah. Moga harta-harta inilah yang akan menjadi tiket untuk aku ke syurga Ya Allah. Biarlah TAATku pada suamiku, Redhanya akan membawa aku ke syurga. Biarlah SAKITku melahirkan anak-anakku, Doa mereka yang membawa aku ke syurga-Mu..... 

( Cerita hanya rekaan. Tiada kena-mengena yang hidup atau yang mati. What's important is the message! Hope u all got it!! )


Salam Ababah....-ANAA'AA

Tuesday, September 13, 2011

::SeLiNTaS NIAT::



AssalamualaikumWBT... ^_^ Subhanallah walhamdulillah wala ilahail allah... Alhamdulillah, Dr. Bell had time to manage this blog... Sori f0r the late... my llife had been so bzz lately... fuhh~~! Guys, appreciate ur life whenever u can bec0z Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Rebutlah Lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain:
1) Masa HIDUP sebelum MATI
2) Masa LAPANG sebelum SEMPIT
3) Masa SIHAT sebelum SAKIT
4) Masa MUDA sebelum TUA
5) Masa KAYA sebelum MISKIN "

I'm n0t G00d but Me is Me

My Photo
DR. BELL
Shah Alam, Selang0r, Malaysia
TiAda RinDu itu aku Hadiahkan untuk selain-MU Kecuali pada yang empunya Rindunya hanya untuk-Mu
View my complete profile