topbella

Friday, September 16, 2011

MAMA!! MAMA!!

AssalamualaikumWBT... Bismillahirrahmanirrahim.. لله تعالى Aku hanya memohon keredhaan-Mu dan memohon kecintaan-Mu dalam apa jua yang aku lakukan Ya Allah...

SATURDAY, Sayeda Zainab, Cair0 - 12.10 am!!!! Oh my God! Again Dr. Bell cannot close her eyes and make a sweet dream even i tried to imagine BRAD PITT in my mind~~! haha... I was wondering...~ then, eating, watching movie, reading novels~ NO!! this is not a SOLUTION!! I need to give TAZKIRAH to make my heart calm again... hehe... Alhamdulillah for this nikmat "HIDUP"... till this midnite Allah gave me breath.... =)

One Day.......

Aku menaiki tangga rumahku perlahan-perlahan sambil mendukung IMRAN, bayiku yang baru sahaja menjengah 2 bulan, aku takut MIMI tersedar pada ketika aku melangkah di hadapan pintu biliknya. Kasihan anak daraku yang masih kecil. ketika dia masih lagiy belum menginjak 4 tahun, aku sudah mula mengajar dia erti berdikari. Bukan aku menghalang dia untuk tidur bersama denganku. TIDAK! tidak sama sekali. Cuma tiap kali hati kecilku ingin berlembut dengannya, suamiku memandangku tegas. Kata suamiku, Biarkan MIMI begitu, kalau tidak diajar dari sekarang, manakan lagi ingin dicari masa untuk dia belajar. The kids 've to learn from now. If not believe me that u'll regret soon sayang. Aku akur kehendak suamiku.  Tidak terfikir langsung untuk aku membantah cara dia mengajar anak-anak.

Aku dengan naluri keibuanku yang melonjak-lonjak tidak mampu membendung rasa ingin menjenguk anak daraku di biliknya. Tatkala aku membuka pintu, Aduhai! kesiannya anak ummi tidur sorang-sorang. aku melangkah perlahan sambil tangan memperlahankan suhu penghawa dingin di dinding. Takut MIMI kesejukan. Aku pergi ke arahnya lantas mengusap perlahan rambutnya yang lurus. MIMI, ummi sayang anak ummi. MIMI dan IMRAN la permata ummi dan abi. Jadi anak yang solehah ya sayang. Aku mengucup ubun-ubunnya.

Aku bangun perlahan dari katil sambil menepuk-nepuk punggung IMRAN yang sedang menggeliat. Risau aku IMRAN akan merengek dan membangunkan kakaknya. IMRAN sayang, please behave urself for ummi. Jangan nangis ya sayang. Kakak nak tidur. Hatiku memujuk IMRAN di kendongan. Saat aku ingin menutup pintu, hanya lagi sedikit pintu itu ingin terkatup sepenuhnya, aku terdengar suara halus memanggil "UMMI..."
Aku menolak pintu agar dapat memastikan suara MIMI kah yang aku dengari.

Aku     : Sayang, kenapa tak tidur lagi ni? Kan dah lewat malam? Ummi kejutkan kan MIMI ke sayang?


Mimi   : Ummi, Mimi tak dapat tidur. Mimitak tahu nak buat apa. Ummi teman Mimi malam ni ye. 

Kupandang wajah anakku yang penuh mengharap. Serba salahku apabila melihat IMRAN di ribaan. Terkebil-kebil mata Mimi memandang. Hampir seluruh badannya diselubungi selimut. Aku cuba menepuk-nepuk badannya.

Aku   : Mimi cuba tidur ye sayang. Ummi teman Mimi sekejap. Adik nak tidur ni. Kesian adik ummi pegang macam ni.


Mimi  : Ummi letaklah adik kat sebelah Mimi. Katil Mimi ni besar. Ummi ngan abi pun boleh tumpang tidur sekali.

Aku tersenyum. Pandai anakku memberi alasan agar aku sentiasa bersamanya. Aku akur. Apa salahnya malam ini aku meluangkan masa bersamanya. Kerjayaku sebagai seorang doktor membuatkan masaku terhad untuk bersama anak-anakku. apatah lagi jika ada jadual ON CALL. Namun, aku takkan sekali-kali masuk tidur tanpa mencium anak-anakku.

Aku   : Oklah. Hari ini anak ummi menang. Ummi surrender. Mimi nak ummi buat apa? Ummi ikut je...

Mimi tersenyum senang. Mungkin kerana berjaya memujukku. Alahai kesian anakku. Ya Allah berilah yang terbaik untuknya. Moga aku juga yang terbaik untuk anakku ini. Mimi bangun dari pembaringannya dan menghulurkan tangannya ke arahku. Aku sedia faham. Aku meletakkan IMRAN di atas katil lantas menarik tangan anak daraku. Erat tangannya memeluk leherku. Aku mengusap belakangnya.

Aku   : Kenapa ni sayang? Mimi ada apa-apa story nak cerita kat ummi? Hari ni Mimi buat apa? Come.. i'm here for you capten! 

Aku memandang mukanya sambil membuat gaya tabik pada seorang kapten. Dia ketawa kecil sambil menutup mulutnya. Comel sungguh anakku.

Mimi  : Ummi, hari ni ummi tak sibuk ke? Ummi dah habis tolong orang? ker dah tak de orang sakit lagi?


Aku tergelak kecil. Anakku ini bijak sungguh. Aku memeluknya erat dalam dakapanku. Inilah saat yang paling aku rindui.


Aku  : Hari ini ummi cuti. Ada kawan ummi gantikan ummi. Ummi nak teman Mimi, Imran , abi kat rumah. 


Mimi : Ummi, Mimi nak ummi cerita kat Mimi. Lama Mimi tak dengar ummi cerita. Boleh kan, ummi?


Aku  : Boleh sayang. Tapi kali ni ummi tak mahu cerita. Ummi nak Mimi yang tanya. Boleh?


Mimi : Mimi nak tanya apa? Mimi tak tahu nak tanya apa.


Aku  : Apa-apa saja. Ummi jawab. Ummi janji! ( Sambil aku mengangkat tangan tanda bersumpah )


Mimi : Ummi, kenapa dalam dunia ni ada orang jahat? Mimi takutlah kalau nak main kat playground.


Aku  : Ye ker? Mana ada orang jahat Mimi. Kita semua makhluk Allah. Allah menciptakan manusia itu sebaik-baik ciptaan. Kan ummi dah cakap dulu. Kita kene sangka baik dengan Allah. Lupa ya anak ummi ni?


Mimi : Mimi tak lupa. Cuma tiap kali Mimi pergi playground, Acik Nab kat sebelah rumah mesti cakap jangan pergi main sorang-sorang nanti ada orang jahat. Mimi takut.

Aku tersenyum. Aku leraikan tangan Mimi di leherku dan mengangkat badannya sedikit agar dia selesa. Aku menghadap mukanya penuh kasih.

Aku  : Ok. Macam ni la. Mimi dengar ya ummi nak cakap. Sebenarnya apa yang ada dalam dunia ni semuanya baik. Satu pun tak ade yang buruk. Sebab Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Takkanlah Allah nak cipta bende yang buruk-burukkan? Nabi Adam AS, Allah cipta Nabi Adam dan letakkan ke dalam syurga bukannya neraka. Kerana apa? Kerana Allah suka menggembirakan makhluknya. Manusia ni sayang allah cipta daripada tanah dan roh. Tanah itu lembut. Roh itu suci dari Allah. Setelah itu jadilah manusia dengan penuh sempurna. Allah tak jadikan manusia itu dari api. Sebab itu, baby-baby yang baru lahir semuanya suci. Cuba Mimi tengok IMRAN. Tenang je kan. sebab baby semua takde dosa lagi. 


Mimi  : Oh! Kalau semua cantik, kenapa ada benda yang buruk ummi?


Aku   : Mana ada bende yang buruk sayang. Cuba Mimi fikir semula. Benda yang buruk itu asalnya bagaimana? cantik ke buruk juga?


Mimi  : Mestilah cantik. Lama-lama dia jadi buruk.


Aku   : Pandai anak ummi! ( Aku mencubit pipi Mimi ) Contohnya tengok tuh beg Mimi, kenapa Mimi dah tak pakai lagi? Sebab dah burukkan. Ummi dah beli yang baru yang lagi cantik.

Mimi mengangguk.

Aku   : Tapi dulu beg tuh cantik tak? Cantik kan? Errrmmm... cermin kat dalam toilet tuh kan dah pecah.. dulu elok tak cermin tuh? Elok kan? Baju Mimi tuh dulu elok jer tak koyak kan? sekarang dah jadi kain buruk dah. Apa lagi ya... Ha~ cuba tengok teddy bear Mimi... eeee.. masamnya teddy bear anak ummi ni. dulu wangi jer...


Mimi ketawa besar sambil merampas teddy bear kesayangannya yang aku ambil.


Mimi  : Ala ummi ni. tak aci la. Teddy bear Mimi mana boleh basuh nanti Mimi tak boleh tidur la. ( Aku hanya ketawa kecil )


Aku   : Jadi, anak ummi ni faham tak ummi cerita? Semua dalam dunia ni elok tapi siapa yang rosakkan? Kitalah.. manusia. Orang jahat pun dia jadi jahat sebab diri dia sendiri. Kalau bukan diri dia, orang lain yang buat dia macam tu. Kalau Mimi tak nak jadi orang jahat, Mimi kena kuatkan iman dalam dada ni. Ingat Allah. siapa Allah tuh sayang?


Mimi  : Allah lah yang buat Mimi, ummi, abi ngan Imran. Jadi, Mimi kena sayang Allah. Baru Allah tak ambil ummi, abi dan Imran. kan, ummi?


Aku  : Ya sayang. ( Aku menarik kepala kecil itu dalam pelukan. Bahagianya aku apabila anakku masih lagi ingat apa yang ku katakan. Subhanallah!  Engkau yang maha suci Ya Allah..)


Mimi : Tapikan ummi, benda yang buruk tuh semua boleh elok dan cantik semula kan?


Aku  : Boleh sayang. Allah kan suka benda yang cantik. Sebab itu apabila manusia menjadikan sesuatu itu buruk. Allah bagi ikhtiar agar ada jalan untuk cantikkan semula. Tengok luka kat lutut Mimi tuh~! Kesian anak ummi ni jatuh buai hari tu kan? Lepas ni sapu ubat banyak-banyak, Insya-Allah lutut Mimi cantik semula macam dulu. Kan betul ummi cakapkan, dulu lutut Mimi cantik, pastu jatuh luka jadi buruk, lepas ni dah sapu ubat jadi cantik semula. Allah takkan biarkan sesuatu itu buruk selama-lamanya. Bahkan orang yang akan masuk ke neraka nanti juga akan dimasukkan ke syurga juga setelah selesai menjalani siksaan. 


Mimi  : Mimi nak jadi cantik... Macam ummi...

Aku tersenyum. Manis betul mulut anak kecil ini.

Aku   : Kalau nak jadi cantik kena la jaga biar jangan jadi buruk.


Mimi  : Macam mana nak jaga ummi? 


Aku   : Kenalah jaga diri Mimi. Jaga ibadah Mimi. Jaga hubungan dengan Allah. Hubungan dengan ummi, abi dengan adik. Buat baik dengan orang. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Ingat tak ummi pesan.. Kalau jumpa orang buat 5S.. Senyum, salam, sopan, santun, sapa. Jangan buat 3M, Mengeluh, merungut, menyesal.


Mimi  : Kalau jumpa orang kena sebut kebaikan diorang, hargai diorang jangan herdik diorang. Hari ini kena fikir nak buat baik, buat baik, cakap baik. Kalau tengok orang semua kena sayang. tengok orang baik kena sayang, tengok orang jahat pun kena sayang. doakan agar dia jadi lebih baik.

Aku hampir-hampir mengeluarkan manik-manik air mata apabila laju sahaja mulut kecil itu menyambung kata-kataku. Ya Allah, Kau beri aku harta yang paling indah Ya Allah..... Aku mencium dahi anakku bertalu-talu. Kasih ummi membawa ke syurga anakku... ummi sayang Mimi dan Imran...

Aku   : Mimi, ummi nak mohon ampun dengan Mimi, ummi bukan ummi yang baik untuk mengajar Mimi. Moga Mimi menjadi lebih baik daripada ummi ya.. janji dengan ummi ya sayang? Dulu, nenek Mimi adalah orang yang sangat baik yang ummi jadikan teladan dalam hidup ummi. Ummi tak mampu sayang nak jadi macam nenek ummi. Ummi gagal membentuk peribadi semulia itu. Ummi lah yang buruk itu. Kini, Allah hadiahkan ummi Mimi agar dapat ubah ummi yang buruk itu kepada sesuatu yang lebih elok dan lebih cantik pekertinya. Ummi sayang anak ummi.


Mimi  : Ummi jangan nangis ya ummi. Mimi sayang ummi. Ummi tak buruk pun. Ummilah orang tercannnnttiiikkk pernah Mimi jumpa. Mimi pun tak cantik macam ummi tau. Mimi jeles tau ummi. Abi pun asyik tengok lebih daripada Mimi.

Ya Allah! Anakku sedang membahagiakan hatiku. Sesungguhnya Engkau maha esa... Mimi memeluk leherku erat sambil mencium lama dahiku. Mimi sayang ummi sangat-sangat.... aku dengar suara halus anakku berkata-kata.... dan dia berkata lagi.. makin lama makin perlahan... Ummi, ummi pergilah kerja. Mimi tak marah pun kalau ummi tak ada kat rumah sebab Mimi tahu ummi tengah tolong orang... Kalau ummi takde kesian orang-orang tuh. siapa nak tolongkan ummi? Nanti tiap-tiap malam Mimi doakan ummi dapat power macam powerpuff girl.. biar dapat tolong orang banyak-banyak... Nanti Mimi nak jadi macam ummi.... 

Akhirnya aku dengar dengkuran kecil ditengkukku. Anakku terlelap dalam pelukanku. Aku dukung Mimi perlahan sambil mencapai Imran di katil dan terus menuju ke bilikku. Aku buka pintu perlahan. Takut suamiku terjaga. Aku letak lembut Imran dan Mimi di atas katil dan mencium kedua-duanya sebelum aku ke toilet ingin membasuh muka.

Ketika aku keluar, kelihatan suamiku sedang merenung anak-anak kami. Dia tersenyum apabila perasan aku memandangnya. Dia mendepangkan tangannya. Aku segera faham tindakannya. Segera aku mengelap muka dan menuju ke arahya.

"Kenapa ni sayang? Hari ni kalah ya dengan Mimi?" Aku bahagia dalam pelukannya. Hilang semua kepenatanku menguruskan anak-anak.

"Kesian dia bang. Tidur sorang-sorang. Tadi dia tak dapat tido. Sayang teman dia sekejap. Cerita-cerita sikit. tengok-tengok dah tidur kat bahu sayang. Comelkan anak-anak kita?" Aku merenung anak-anakku. Hanya tuhan yang tahu betapa aku sayangkan mereka. Hartaku...

"Habis tuh kita nak tidur mana ni? Penuh dah katil ni..." suamiku cuba berlawak.

"Macamlah anak-anak kita tuh besar sangat. Abang ni kan... dengan anak-anak pun nak jeles ya?" Aku memandangnya manja.

Ya Allah... tiada nikmat lain selain suami yang penyayang dan anak-anak yang soleh dan solehah. Moga harta-harta inilah yang akan menjadi tiket untuk aku ke syurga Ya Allah. Biarlah TAATku pada suamiku, Redhanya akan membawa aku ke syurga. Biarlah SAKITku melahirkan anak-anakku, Doa mereka yang membawa aku ke syurga-Mu..... 

( Cerita hanya rekaan. Tiada kena-mengena yang hidup atau yang mati. What's important is the message! Hope u all got it!! )


Salam Ababah....-ANAA'AA

2 comments:

aidil razahli said...

Wahhh...kakbel bolehlah jadi ibu yang penyayang

DR. BELL said...

aidil.. doakan ak yer... ^_^

Post a Comment

I'm n0t G00d but Me is Me

My Photo
DR. BELL
Shah Alam, Selang0r, Malaysia
TiAda RinDu itu aku Hadiahkan untuk selain-MU Kecuali pada yang empunya Rindunya hanya untuk-Mu
View my complete profile