topbella

Monday, July 29, 2013

As a married student




Assalamualaikum!!! Waaaaa, lama giler tak update blog! hihi.. Rindu. Siyes. Hari ni terdetik nak sharing-sharing. Alhamdulillah.


Lately, ramai orang tak kiralah siapa pun, kawan-kawan, adik-adik, my juniors tanya " How can you decide to get married with him?" " How's life after marriage?" "How to manage study?" "How to manage such a big family other than ourself?" Fuhhhhh... berjela-jela soalan tapi tak de la skema like this kan.

First of all, i just want to say, " Whenever you had the feeling of getting married, you will feel! And at that time you'll not ask anybody why you have to be married." Hihi. Faham ke? Don't ask me how's the feel because like Dr. Bell said before, you yourself will know. Every people different fate maaa.

April 2012- The time that Dr. Bell knew that i'm pregnant. Oh gosh! Rasa nak pengsan. Hehe. It's too fast! Unexpectable. Try to calm and this is it! The fact. Feel for the first time of pregnant, rasa sangat la kelam kabut. Lagi-lagi, without orang tua, kita tak tahu apa nak buat if muntah or loya or anything weird happened.

3 months of early pregnancy, it was hard time for me and hubby. Everyday nausea and vomit! Headache attacked me! OMG! Letih sgt masa tuh. Balik dari kuliyyah, longlai gemalai. And the worst, Dr. Bell tak boleh hidu bau makanan or dengar any sound of buka api dapur tuh. If bau or dengar, alamatnya muntah la. Haha.

Time ni la, a responsible husband will take all the responsibility. ALL! Hihi. Memasak, membasuh, menyidai. Semua lah. So, this is my first tip : Please choose such a responsible loving husband. As a student, Dr. Bell just not to forget my responsible to study. Try to read a page even with a plastic bag in front of you! 

December 2012- This is the memorable and sweetest memory in my lifetime! Awra Nabihah in the house. 9 months tunggu dak comel ni nak keluar. Alhamdulillah. but the most is Dr. Bell wanna share how to handle this kind of situation as Dr. Bell got mid year exam 2 weeks after this delivery!! Hihi. 


Here she is! Dah domok dahhhh.


In fatrah berpantang, memang Dr. Bell out of housechore la kan. Breastfeeding of Awra is the toughest now. Bayangkan nak study dengan nak breastfeed. Susu badan pulak takkan keluar kalau tension or stress. Hai la, makin tension dibuatnya. So, my second tip is : Do get ready any kind of obstacle. Make it easier. study tetap study!

After all, Be a wife and having a baby as i'm a student is a tough work. To play with the responsibility. To play with husband's feeling. To play with this little innocent child. How it can make me crazy sometime!
But believe me, at the night when i'm getting ready to bedtime, Dr. Bell always think again and again what's this life for? Am i happy? Yesss! Absolutely. So then, what do you want more? Hihi.

Happiness is the thing what people search for at the last. Everybody want to be in a fairy-tale story. Why? Just to make sure of happy ending. Above all, my third tip is : Don't be pressure with those people around you. People will say throughout your life. Non-stop. Just ignore them as we know how much Allah will grant us as we 'bina masjid' and make haram to halal and avoid maksiat (couple). 



US!! Abi, ummi, Awra.

Salam ababah. Love!- AwRa



Monday, November 26, 2012

Menunggu Hari


AssalamualaikumWBT. Alhamdulillah.. Syukurlah atas apa yang masih lagi kita kecapi hingga sekarang. Di saat Palestin bertungkus-lumus membina senjata menentang laknatullah.. Di saat Syria masih lagi berjuang mempertahankan ahli sunnah wal jamaah... Di saat Burma mempertahankan agama kita agama Islam... Kita masih lagi mampu menjalankan aktiviti harian tanpa sebarang gangguan dari musuh-musuh Islam. Tapi, ketenangan kita ini mungkin hanya sementara kerana Allah telah menjanjikan bahawa orang-orang yang beriman itu ketenangannya adalah apabila dimasukkan ke dalam Syurga-Nya sahaja. Moga kita semua berada dalam kalangan itu, Ya Allah.


26 Nov 2012, Monday - Lamanya... Dr. Bell tak dapat nak update blog. Busy sakan la konon. Hehe. Actually tak ada masa nak buka and ngadap laptop ni everyday as zaman anak-anak dara dulu. Ada je benda yang nak dibuat. 

Yesterday, my 9th month wedding anniversary. Then, today.. Baby Dr. Bell already 36 weeks. Berbunga-bunga hati ni. Baby, please go out at the right time. No CLASS DELIVERY. No TOILET DELIVERY. No ROAD DELIVERY ya... please... ummi beg to you.


          

Hihi. Baby nak say Hi to all aunty-aunty or uncle-uncle yang baca this entry. This ultrasound image masa Baby baru 28th week in ummi's tummy. Almost complete. The left one is the head and there are something showed above ( small image ) are baby's hand.  No legs.. Baby too active. Doctor tak nak snap image kaki. Hehe.

For your information, the baby image will not appear complete like this if before 5th month of pregnancy. In the month of 2, baby looks like a tiny peanut. In the month of 4, baby's heart started to develop. So, you can see la dia punya heart berdetak-detup kat ultrasound tu. Insya-Allah.




This was the image masa Dr. Bell wat checked-up mase 8th month. She was getting bigger. See the stomach. Gemuk dah but sadly, doctor said baby just only weighted 1.3 kg. Aduyai! She's underweight. If we not sure about our baby age sebab was-was bagi tarikh Last Menstruation Period kat doctor, double check the size of femur length (FL). FL is more accurate than size of parietal ( kepala ). 

Now, Baby already 36th week and based on the last checked up, Doctor said i estimated she will be delivered on another 2 or 3 weeks soon. Oh My God! Takut, Rasa nak lompat, nak lari keliling hospital, panas, sejuk, tachycardia, hypotension... sume rasa Dr. Bell rasa masa tu. Ye laaa, mane pernah beranak before this. Hehe. 

So, Betul la if people said that Sayangilah ibu kamu sebab too much pengorbanan yang dia dah lakukan. Dah mengandung nak beranak ni baru sedar. Hehe.

In this tempoh 'menunggu hari', Dr Bell feel like active even more but just the 'membuncit tummy' buat Dr. Bell rasa mengah and sometimes nak tengok kaki tapi tengok perut ke lebih. Haha. Baby so active especially after maghrib. She likes to make me play with her when i'm coming back from kuliyyah. Time Dr. Bell nak rehat and memasak tu lah, Baby start to kick-boxing, main jet ski dalam perut ni. 




Thanx to all aunty-aunty and uncle-uncle Gen X! Cute sangat present ni. Nasib baik ummi tak beli lagi. Hehe. 

Dah siap pasang dah sume. Hehe..
























Lastly, Pray for Dr. Bell ya. Cuak ni! Muka je control. Haha. Hoping dapat lahirkan puteri yang sangattt comel. Insya-Allah. Baby, be a little princess that make your ummi and abi proud of okay. Jangan nakal-nakal masa nak deliver nanti. Ummi takut sakit. Haha... We all love you so much! Jangan sakit-sakit bila dah keluar nanti tau. 


Beg barang ummi and Baby when emergency nanti.


Ermmm.... Before leaving, nak bagi appreciate la sume kawan-kawan especially Gen X. Thanx for all the caring and support. Kadang-kadang nak tergelak gak tengok muka-muka korang yang excited nak tunggu Baby keluar. Haha. Sorry la if sepanjang pregnant ni, Dr. Bell banyak menyusahkan and banyak gak bebel kot. Siyesly, tak tau kenapa time mengandung banyak lak mulut ni. Forgive me kalau ada yang terasa, biarlah Dr. Bell dapat deliver dengan tenang-setenangnya tanpa belenggu dosa. Hehe.. Doakan Dr. Bell and baby selamat. Insya-Allah. Sayang korang sume. Till we meet again.......




Salam Ababah....- ANAA'AA

Sunday, April 15, 2012

Andai aku ibu bapamu wahai anak

AssalamualaikumWBT, Moga hari ini lebih baik daripada semalam. Apa yang ada untuk kita semalam itulah kenangan dan apa yang ada untuk kita hari ini adalah peringatan. Remember! Kita hidup hari ini adalah peluang. Grab the chance or you will regret by chance. 

Hari ini peluang Dr. Bell untuk share something. Not urgent but yet important. Do we have imagine one day we will be a parent? Mom Dad? Ayah Ibu? Ummi Abi? And what kind of children that we want? Mesti sume tengah tersenyum kan when we talk about this. Semua mesti make a character of our own son or daughter. How wonderful our life if we have such a wonderful children............ Selamat dunia akhirat! ^_^

Andai kamu adalah ibu bapa....

Ingatlah anak-anak itu adalah amanah, tak dapat dicari mana-mana lagi jika hilang. Andai Allah gantikan dengan yang lain pun tak bisa menyerupai satu anak kita yang lain. Ciptaan itu maha bijaksana. 

Andai kamu adalah ibu bapa...

Fahamilah.. Anak bukan hanya mahukan keselesaan yang teramat. Cukuplah tempat yang selesa di dalam hatimu. Berilah kasih sayang secukupnya. Manja itu lebih baik dari nakal. Dan ketahuilah anak manja yang berlebih-lebihan itu bukanlah 'manja' lagi, tapi keterlaluan.

Andai kamu adalah ibu bapa...

Mengertilah... Setiap patah kata yang keluar dari mulutmu akan dimakbulkan. Doamu tiada hijab wahai ibu bapa. Sebutlah yang terbaik untuk anak-anakmu kerana  nanti dialah yang terbaik untukmu. Tidak salah andai engkau memarahi mereka tapi tapislah kata-katamu kerana Malaikat sentiasa membawa doamu pada Tuhan di atas.


Dilemma anak :

  • Apakah yang aku lakukan ini cukup untuk ibu bapaku? Kenapa ibu dan ayah diam?
  • Apa yang ibu dan ayah ingin dariku? Mengapa tidak dinyatakan?
  • Aku sudah buat apa yang disuruh? Apa yang tidak kena lagi?
  • Mengapa aku yang dimarahi padahal bukan salahku?

Fikrah ibu dan ayah :

  • Anakku tidak perlu diajar lagi. Dia akan belajar dari kehidupan yang dilaluinya.
  • Anak-anakku melihat diriku berjaya pasti mereka akan mengikut jejak langkahku.
  • Tidak perlu dipuji, aku tidak mahu anakku terlalu bangga.
  • Aku bukan marah tapi nasihat.

Mungkin apa yang Dr. Bell comparison for certain cases in the family sahaja. I just make a research on what i saw and a few journal. So, if you are not one of this, you have to be alert! SEMEMANGNYA wujud hal sebegini di dunia realiti. Mungkin kita tidak kena tapi mungkinkah kita yang menjadi ibu bapa sebegitu nanti? Fikirkanlah.... Jangan seksa anak-anak dengan sikap kita. 

For sake's of our children... Kita ni yang menjadi ibu bapa nanti percayalah anak itulah cermin diri kita. Jangan kita salahkan perngai anak-anak yang nakal, memukul, merotan andai kita tak tilik semula diri kita. Zaman sekarang, jangan disalahkan takdir andai anak yang dididik dengan asas agama akan berubah liar apabila meningkat dewasa. Bukan salah takdir! Tapi salah kita! Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak. Anak-anak itu hanya sehelai kain putih yang suci Allah kurniakan. Kita yang mencoretkan segala warna-warna kehidupan anak itu. 

Agama kita bukanlah hanya ada asasnya. Bukan ketika waktu kecil sahaja anak-anak didedahkan dengan pengetahuan agama. Kemudian, semuanya diabaikan apabila semakin meningkat umurnya. Ingatlah! Nabi ajar kita supaya berpesan-pesan. Kenapa? Kerana manusia mudah lupa. Jika anak itu tidak sentiasa diberi peringatan, makan hilanglah semua asasnya. Mengapa tidak dikuatkan lagi asas yang ada?

Kita as parent jangan ingat jika anak-anak sekolah tinggi semua benda dia akan tahu dengan sendirinya. Sesungguhnya didikan ibu bapa itu lagi anak-anak akan hargai. Apabila dia cuba memasakkan ibu bapanya, pujilah walaupun apa pun rasanya. Jangan diperkotak-katikkan masakannya kerana salah kita! Adakah kita sudah mengajarnya yang sepatutnya? Hargailah apa yang dilakukan kerana anak itu sangat ikhlas hatinya. 

Lastly Dr. Bell just wanna say.. DEVELOP YOUR PARENTAL SKILL...  for your future children. Jadikanlah diri kita ini dalam diri anak-anak. Kalau dulu ibu bapa kita tidak sebaik dan sebagus yang kita harapkan, tanamkan dalam hati yang "Anak-anak aku tidak akan dapat ibu bapa yang sebigini. Insya-Allah.."

Ilmu keibu bapaan ini bukanlah mudah kerana kita sedang mendidik seorang khalifah. Terlau banyak onak dan likunya. Ilmu itu semuanya dari Allah. Berdoalah agar urusanmu untuk mendidik sang khalifah dipermudahkan. Seorang khalifah tidak akan terlahir dengan didikan yang hanya cukup-cukup makan. Khalifah itu akan mentadbir negara dan mengimarahkan dunia. Wahai ibu bapa, lahirkan khalifahmu yang bulat tekadnya untuk agama dan sekian Muslim. Seru roh dalam dirimu bahawa aku lahirkan anakku ini kerana Allah dan aku  sedang mengajar seorang pembantu jalan Allah.  Aminnn...............



* Islam hampir menang. Doakanlah untuk saudara kita di Syria, Palestin dan mana-mana pun mereka berjuang. Andai diri ini mampu berjuang, sudah lama aku bertapak. Namun, aku masih lagi tidak mampu hijrah untuk diriku. Janjiku pada-Mu Ya Allah, zuriatku akan ku didik untuk agamamu.





Salam Ababah.....- ANAA'AA






Monday, April 9, 2012

Setulus Kasih Seikhlas Hati

Dr. Bell wanna share a sweet memory of US....


31  January 2012 - Aku mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran pada-Mu Ya Robb... Tercapai hajat hamba-Mu ini untuk melihat tanah air sendiri setelah setahun tidak kembali. Damainya suasana di KLIA ini. Sungguh aku rindukan kicauan burung dan desiran angin yang mendayu-dayu menyapu pipiku.


"MAMA! AYAH! i miss both of you so much..." Hati kecilku ini tidak berhenti berkata-kata sejak kapal terbang mula mendarat 15 minit yang lalu. Aku menarik nafas dalam dan mula menarik beg menuju ke arah orang ramai. Mencari gerangan kedua ibu bapaku.


1 Feb 2012 - Jet lag! diriku masih lagi dibelenggu waktu di Mesir. Mataku masih lagi tidak mahu lelap meski pun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Sudah puas ku dodoikan. Namun, hanya dapat lelap tidak ketiduran. Terkebil-kebil dalam selimut memikirkan apa yang ingin ku lakukan pada pagi esok.


" Tidurlah Bella. Apa lagi yang merunsingkan kau? Esok dia sampai. Bincang dan buatlah keputusan." Dahiku berkerut. Bukan kerana aku pening tetapi takut memikirkan esok.


2 Feb 2012 - Aku terus menunggu dan menunggu. Terasa lambat masa berlalu. Sepatah kata tidak lagi aku utarakan pada kedua ibu bapaku. Lagakku hanya seperti biasa.


3 Feb 2012 - Aku bangun awal. Tidurku yang tidak nyenyak sepenuhnya membangunkan aku meskipun jet lagku masih lagi bersisa.


" Petang ini dia sampai. Moga segalanya dipermudahkan. AMIN YA ROBB." Aku hanya berdoa dalam. Gusar memikirkan apa yang akan berlaku.


........................................................................................................


Aku terus berlari ke dalam bilik apabila telefon bimbitku berbunyi. Dia menghubungiku! Aku kaget.


"Assalamualaikum." Aku memulakan bicara. Alhamdulillah. Indahnya perasaan apabila mengetahui dia selamat sejahtera di bawah lindungan-Nya. Setelah berbicara lebih kurang 15 minit, dia memutuskan talian. Aku mula berfikir tentang apa yang diperkatakan tadi. Aku bermimpikah? atau dia bergurau? Atau aku yang berangan?


Aku akan bertunang??? 6 hb?? Lusa??? Ya Allah, kekuatan dari-Mu aku pohon. Kenapa mama dan ayah tidak sedikitpun berbicara mengenai hal sepenting itu? Terasa hati ini ingin megetuk pintu bilik mama sekarang juga. Namun, aku perlu bersabar. Mungkin mama dan ayah ada alasan yang kukuh mengapa dirahsiakan segalanya.


4 Feb 2012 - Aku berlagak selamba. Masih menanti 1000 jawapan. Riak orang tuaku bagai tiada apa-apa yang berlaku. Hatiku sahaja yang berdebar-debar menunggu penjelasan.


Akhirnya, malam itu! Aku dipanggil ke ruang tamu. Dan segalanya diperjelaskan. Aku terkejut. Dikuatkan segala hati dan diri.


6 feb 2012 - Meskipun hari ini mungkin hari bahagia untukku. Aku masih lagi bingung sebenarnya. Kawan-kawan masih lagi ku rahsiakan mengenai perkara ini. Tak tahu apa yang ku rasakan. Hanya terdetik di hati semoga segalanya dipermudahkan. Insya-Allah. aku kerling jam baru pukul 10 pagi. Rombongan belah si dia dianggarkan akan sampai pada pukul 12 tengah hari. Masih berbaki 2 jam untuk aku berfoya-foya. HAHA... Then, aku drive menuju ke Giant Putra Height. Tak tau apa tujuan. Tapi yang pastinya aku sengaja mengisi masa. akhirnya, sepasang baju kurung moden aku beli untuk hari pertunanganku. Terkejut salesgirl yang melayan aku apabila diberitahu aku akan bertunang pada pukul 2 hari ini. Btol-btol buat kerja gila kan? Thanx to angah sebab sanggup layan along! ^_^


Petang itu, pukul 3.45 petang.. alhamdulillah aku selamat ditunangkan dengan Muhamad Aizuddin Masrom. Jejaka yang  aku tak tahu apa kelebihannya namun aku senang melihat dia. Aku resah tanpa dia. Si dia tidak hadir. Adat orang bertunang. Tidak manis katanya kalau ada lelakinya sekali. Aku pun setuju kerana aku malu kalau melihat dia nanti.  Ketika perbincangan keluarga, semuanya telah diaturkan. Tarikh akadku, majlis, hantaran dan sebagainya. Cuma kami kesuntukan masa, cutiku sudah hampir habis. Jadi, semuanya telah dipercepatkan. Semuanya telah bersetuju yang majlis akad akan diadakan pada 25 hb feb 2012 itupun jika aku sempat menyelesaikan urusan kursus perkahwinan ku. Si dia tidak perlu risau lagi kerana semuanya sudah selesai bertahun yang lalu cuma perlu selesai beberapa perkara dengan jabatan agama untuk akad nanti.


11 feb 2012 - aku tersenyum lebar ketika sampai di perkarangan pejabat agama islam Selangor , Shah Alam. Tidakku sangka hari ini aku menjejakkan kaki di sini untuk urusan kahwin. Mama menemaniku untuk pendaftaran. Angah! Thanx for accompanying me..! I'm so glad you were here... Happy to berkursus with you.. bila lagi kita boleh berkursus sama kan? ^_^


..........................................................................................


Ya Allah, jika ini jalan yang Kau tunjukkan padaku, aku mohon selebar-lebarnya rahmat dan kasih sayangmu. aku tidak tahu rancangan-Mu dan takdirku yang telah Kau aturkan, namun biarlah semuanya dapat aku terima seadanya. Mengapa hati ini masih lagi berbolak-balik? Ini yang aku inginkan dan ini yang Kau berikan. Tapi hati aku masih menolak. Lemahkah aku menolak bisikan syaitan? Ya Allah, kuatkan hati ini dan biarlah penyatuan kami adalah untuk menjauhkan diri dari berbuat maksiat kepada-Mu kerana sesungguhnya aku sendiri tidak kuat menghadapi segala godaan. Limpahkanlah kami dengan rahmat, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan-Mu ya Robb. Bismillahi tawakkaltu 'Allah..................


25 feb 2012 - Mama, ayah... along akan dinikahkan hari ini... Apis, Amir..... Along dah nak nikah... pray for me! Tak pasti apa yang aku rasakan. Yang pasti aku tidak berdebar-debar. Dari pagi aku tidak menjejakkan kaki ke bawah lagi, aku bersiap di bilikku di tingkat atas.
 
"Please make sure jangan tebal sangat tau!" aku mengingatkan orang gajiku yang memekapkan ku.
 
Ala long, tak tebal pun. Cuma kena touch up sikit yang kat sini." Ditenyeh lagi mukaku dengan compact powder.  Tergelak aku melihat muka yang terlumat-kamit sambil menenyeh mukaku. 


Tiba-tiba, ada orang mengetuk pintu bilikku. 


"Along! Mama suruh turun sekarang." Sepupuku memberitahu. Aku melihat diriku untuk terakhir kalinya. Alhamdulillah. Simple! tapi inilah yang aku inginkan. Barakah-Mu itu tujuanku Ya Robb.


Subhanallah! Ramainya orang. Malunya aku. Camna nak turun tangga ni. Nasib baik angah memang kat belakangku. mana tau aku collapse? HAHA... Terang-benderang ruang tamu rumahku. Aku melihat ayah, tok kadi dan dia ada di ruang tengah. Aku tersipu-sipu tak tahu hendak duduk di mana. Penuh! Akhirnya, lenganku ditarik oleh seorang mak cik dan aku terduduk di situ juga. HAHA... ^_^


Ayah aku sendiri yang menikahkan aku.... Terima kasih ayah. Dengan sekali lafaz, aku selamat diijabkabulkan dengan suamiku kini. I love you so much abang. You're not the first but you'll be the last. Insya-Allah....








Dr. Bell wanna say...  I'm so sorry for 'lama' tak update becoz hidup macam baru teratur semula after coming back from Malaysia. alhamdulillah. Setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat-Nya. Alhamdulillah juga kerana Dr. Bell dah tukar status. I'm in relationship with him now! ( haha.. Gedik!)  I'm married but then i'm not Mak2 lagi tau. Hope inilah jalan yang terbaik untuk Dr. Bell and hubby. Need u guys punyer doa. Pray for us.... Lastly, La Tahzan! Allah itu dimana-mana sahaja even tempat yang kita tak tahu.






Salam Ababah......- ANAA'AA

I'm n0t G00d but Me is Me

My Photo
DR. BELL
Shah Alam, Selang0r, Malaysia
TiAda RinDu itu aku Hadiahkan untuk selain-MU Kecuali pada yang empunya Rindunya hanya untuk-Mu
View my complete profile