topbella

Monday, April 9, 2012

Setulus Kasih Seikhlas Hati

Dr. Bell wanna share a sweet memory of US....


31  January 2012 - Aku mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran pada-Mu Ya Robb... Tercapai hajat hamba-Mu ini untuk melihat tanah air sendiri setelah setahun tidak kembali. Damainya suasana di KLIA ini. Sungguh aku rindukan kicauan burung dan desiran angin yang mendayu-dayu menyapu pipiku.


"MAMA! AYAH! i miss both of you so much..." Hati kecilku ini tidak berhenti berkata-kata sejak kapal terbang mula mendarat 15 minit yang lalu. Aku menarik nafas dalam dan mula menarik beg menuju ke arah orang ramai. Mencari gerangan kedua ibu bapaku.


1 Feb 2012 - Jet lag! diriku masih lagi dibelenggu waktu di Mesir. Mataku masih lagi tidak mahu lelap meski pun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Sudah puas ku dodoikan. Namun, hanya dapat lelap tidak ketiduran. Terkebil-kebil dalam selimut memikirkan apa yang ingin ku lakukan pada pagi esok.


" Tidurlah Bella. Apa lagi yang merunsingkan kau? Esok dia sampai. Bincang dan buatlah keputusan." Dahiku berkerut. Bukan kerana aku pening tetapi takut memikirkan esok.


2 Feb 2012 - Aku terus menunggu dan menunggu. Terasa lambat masa berlalu. Sepatah kata tidak lagi aku utarakan pada kedua ibu bapaku. Lagakku hanya seperti biasa.


3 Feb 2012 - Aku bangun awal. Tidurku yang tidak nyenyak sepenuhnya membangunkan aku meskipun jet lagku masih lagi bersisa.


" Petang ini dia sampai. Moga segalanya dipermudahkan. AMIN YA ROBB." Aku hanya berdoa dalam. Gusar memikirkan apa yang akan berlaku.


........................................................................................................


Aku terus berlari ke dalam bilik apabila telefon bimbitku berbunyi. Dia menghubungiku! Aku kaget.


"Assalamualaikum." Aku memulakan bicara. Alhamdulillah. Indahnya perasaan apabila mengetahui dia selamat sejahtera di bawah lindungan-Nya. Setelah berbicara lebih kurang 15 minit, dia memutuskan talian. Aku mula berfikir tentang apa yang diperkatakan tadi. Aku bermimpikah? atau dia bergurau? Atau aku yang berangan?


Aku akan bertunang??? 6 hb?? Lusa??? Ya Allah, kekuatan dari-Mu aku pohon. Kenapa mama dan ayah tidak sedikitpun berbicara mengenai hal sepenting itu? Terasa hati ini ingin megetuk pintu bilik mama sekarang juga. Namun, aku perlu bersabar. Mungkin mama dan ayah ada alasan yang kukuh mengapa dirahsiakan segalanya.


4 Feb 2012 - Aku berlagak selamba. Masih menanti 1000 jawapan. Riak orang tuaku bagai tiada apa-apa yang berlaku. Hatiku sahaja yang berdebar-debar menunggu penjelasan.


Akhirnya, malam itu! Aku dipanggil ke ruang tamu. Dan segalanya diperjelaskan. Aku terkejut. Dikuatkan segala hati dan diri.


6 feb 2012 - Meskipun hari ini mungkin hari bahagia untukku. Aku masih lagi bingung sebenarnya. Kawan-kawan masih lagi ku rahsiakan mengenai perkara ini. Tak tahu apa yang ku rasakan. Hanya terdetik di hati semoga segalanya dipermudahkan. Insya-Allah. aku kerling jam baru pukul 10 pagi. Rombongan belah si dia dianggarkan akan sampai pada pukul 12 tengah hari. Masih berbaki 2 jam untuk aku berfoya-foya. HAHA... Then, aku drive menuju ke Giant Putra Height. Tak tau apa tujuan. Tapi yang pastinya aku sengaja mengisi masa. akhirnya, sepasang baju kurung moden aku beli untuk hari pertunanganku. Terkejut salesgirl yang melayan aku apabila diberitahu aku akan bertunang pada pukul 2 hari ini. Btol-btol buat kerja gila kan? Thanx to angah sebab sanggup layan along! ^_^


Petang itu, pukul 3.45 petang.. alhamdulillah aku selamat ditunangkan dengan Muhamad Aizuddin Masrom. Jejaka yang  aku tak tahu apa kelebihannya namun aku senang melihat dia. Aku resah tanpa dia. Si dia tidak hadir. Adat orang bertunang. Tidak manis katanya kalau ada lelakinya sekali. Aku pun setuju kerana aku malu kalau melihat dia nanti.  Ketika perbincangan keluarga, semuanya telah diaturkan. Tarikh akadku, majlis, hantaran dan sebagainya. Cuma kami kesuntukan masa, cutiku sudah hampir habis. Jadi, semuanya telah dipercepatkan. Semuanya telah bersetuju yang majlis akad akan diadakan pada 25 hb feb 2012 itupun jika aku sempat menyelesaikan urusan kursus perkahwinan ku. Si dia tidak perlu risau lagi kerana semuanya sudah selesai bertahun yang lalu cuma perlu selesai beberapa perkara dengan jabatan agama untuk akad nanti.


11 feb 2012 - aku tersenyum lebar ketika sampai di perkarangan pejabat agama islam Selangor , Shah Alam. Tidakku sangka hari ini aku menjejakkan kaki di sini untuk urusan kahwin. Mama menemaniku untuk pendaftaran. Angah! Thanx for accompanying me..! I'm so glad you were here... Happy to berkursus with you.. bila lagi kita boleh berkursus sama kan? ^_^


..........................................................................................


Ya Allah, jika ini jalan yang Kau tunjukkan padaku, aku mohon selebar-lebarnya rahmat dan kasih sayangmu. aku tidak tahu rancangan-Mu dan takdirku yang telah Kau aturkan, namun biarlah semuanya dapat aku terima seadanya. Mengapa hati ini masih lagi berbolak-balik? Ini yang aku inginkan dan ini yang Kau berikan. Tapi hati aku masih menolak. Lemahkah aku menolak bisikan syaitan? Ya Allah, kuatkan hati ini dan biarlah penyatuan kami adalah untuk menjauhkan diri dari berbuat maksiat kepada-Mu kerana sesungguhnya aku sendiri tidak kuat menghadapi segala godaan. Limpahkanlah kami dengan rahmat, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan-Mu ya Robb. Bismillahi tawakkaltu 'Allah..................


25 feb 2012 - Mama, ayah... along akan dinikahkan hari ini... Apis, Amir..... Along dah nak nikah... pray for me! Tak pasti apa yang aku rasakan. Yang pasti aku tidak berdebar-debar. Dari pagi aku tidak menjejakkan kaki ke bawah lagi, aku bersiap di bilikku di tingkat atas.
 
"Please make sure jangan tebal sangat tau!" aku mengingatkan orang gajiku yang memekapkan ku.
 
Ala long, tak tebal pun. Cuma kena touch up sikit yang kat sini." Ditenyeh lagi mukaku dengan compact powder.  Tergelak aku melihat muka yang terlumat-kamit sambil menenyeh mukaku. 


Tiba-tiba, ada orang mengetuk pintu bilikku. 


"Along! Mama suruh turun sekarang." Sepupuku memberitahu. Aku melihat diriku untuk terakhir kalinya. Alhamdulillah. Simple! tapi inilah yang aku inginkan. Barakah-Mu itu tujuanku Ya Robb.


Subhanallah! Ramainya orang. Malunya aku. Camna nak turun tangga ni. Nasib baik angah memang kat belakangku. mana tau aku collapse? HAHA... Terang-benderang ruang tamu rumahku. Aku melihat ayah, tok kadi dan dia ada di ruang tengah. Aku tersipu-sipu tak tahu hendak duduk di mana. Penuh! Akhirnya, lenganku ditarik oleh seorang mak cik dan aku terduduk di situ juga. HAHA... ^_^


Ayah aku sendiri yang menikahkan aku.... Terima kasih ayah. Dengan sekali lafaz, aku selamat diijabkabulkan dengan suamiku kini. I love you so much abang. You're not the first but you'll be the last. Insya-Allah....








Dr. Bell wanna say...  I'm so sorry for 'lama' tak update becoz hidup macam baru teratur semula after coming back from Malaysia. alhamdulillah. Setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat-Nya. Alhamdulillah juga kerana Dr. Bell dah tukar status. I'm in relationship with him now! ( haha.. Gedik!)  I'm married but then i'm not Mak2 lagi tau. Hope inilah jalan yang terbaik untuk Dr. Bell and hubby. Need u guys punyer doa. Pray for us.... Lastly, La Tahzan! Allah itu dimana-mana sahaja even tempat yang kita tak tahu.






Salam Ababah......- ANAA'AA

4 comments:

threewords said...

Barakallahulakuma :)

E n t o y C a i r o said...

Barakallahulakuma too :)

Arifah Mardhiyyah said...

subhanallah~ susunan Allah itu indah kan? tahniah, mabruk alaiki ya sodiqati habibti. :) barakallahulakuma. :)insyaAlah moga smpai ke jannah.. be soo happy when hear the happy news from u. :) may Allah bless always. <3

zikri said...

bell,,barakallahulakuma.. :)

Post a Comment

I'm n0t G00d but Me is Me

My Photo
DR. BELL
Shah Alam, Selang0r, Malaysia
TiAda RinDu itu aku Hadiahkan untuk selain-MU Kecuali pada yang empunya Rindunya hanya untuk-Mu
View my complete profile