topbella

Monday, January 23, 2012

Mencari Tapak untuk berdiri

AssalamualaikumWBT... Bismillahirrahmanirrahim... Aku hanya memohon keredhaan-Mu dan memohon kecintaan-Mu dalam apa jua yang aku lakukan Ya Allah.

 Dr. Bell gonna say smile!! SMILE!! I'm not retarded! haha... See. How wonderful when you're smiling.. Full of barakah... Senyum tandanya pahala.. Masam tandanya adalah tu dosa yang dibuat.. aha! When you're sad for just 60 seconds, you're just lost 1 minute of barakah of smiling.. Kan rugi... SMILE....

................................................................................................................

Assalamualaikum Warahmatullah....

Assalamualaikum Warahmatullah....

Aku menyapu muka. Alhamdulillah. Sempat juga aku menunaikan solat subuh di masjid. Sedih kerana terlepas jemaah. Namun, itulah yang dikatakan rezeki. Mungkin hari esok aku bisa. Tenang sungguh suasana di dalam masjid ini. Tinggal hanya  dua tiga jemaah yang masih lagi berzikir mungkin. aku menadah tangan untuk membaca doa.

Amin Ya Robbal Alamin.....

Lapang. itu sahaja yang mampu aku ungkapkan. Sudah lama aku tidak menunaikan qiam. Bukan sengaja namun jadual kerjaku yang amat padat membuatkan aku menghargai ruang masa yang ada untuk berehat dan melelapkan mata. Sejak kebelakangan ini, jadual on call aku makin bertambah-tambah. Mungkin kerana ada doktor yang sedang mengambil cuti atas urusan peribadi.

Untuk masa lapang yang ada ini, aku ingin berada di rumah Allah ini selama yang mampu. Rindu untuk bermanja dengan-Nya. Kunjungan ku ini hanya sebahagian kecil dari rahmat-Nya. Terima kasih Ya Allah atas nikmat iman dan islam yang Kau kurniakan ini. Aku melangkah menuju ke rak bertingkat yang penuh dengan susunan rapi Al-Quran. Aku belek satu-persatu kitab yang ada di situ. Ingin mencari tafsir. Tidakku jumpa. Niatku ingin memahami tafsir hari ini tidak kesampaian. Tidak mengapalah. Terusku ambil senaskhah Al-Quran berwarna merah.

Baru sahaja ingin ku duduk di barisan saf, aku terlihat seorang lelaki berpakain kemeja sedang duduk bertinggung di tangga hadapan pintu. Macamku kenal namun tidak pula aku nampak siapa gerangannya. Hanya belakangnya yang kelihatan di mataku. Susuk tubuhnya amatlah aku kenali namun masih lagi tidak dapat berfikir siapakah dia.

Aku membuka Al-Quran dan membaca al-Fatihah. Ingin memulakan ayat pertama namun gelisah hati ini. mengapa ya? Perasaanku terlalu ingin tahu siapakah yang di luar sana. Aku tutup naskhah yang ku pegang dan mula melangkah perlahan. 

"Assalamualaikum." aku menyapa perlahan. Dia tidak berpaling.

"Assalamualaikum saudara." sekali lagi aku memberi salam. Mungkin dia tidak dengar tadi. Tidak juga berpaling. Aku mula hairan. Kenapa dengan dia? Aku melihat dari belakangnya, baju kemejanya kelihtan serabai. Terkeluar dari seluar. Dalam kocek seluarnya, terlihat simpulan tali leher. 

"Brother."suaraku sedikit meninggi. Perlahan dia kalih ke belakang. 

"Hisham! subhanallah.. Kau rupanya." Sungguh tidak ku sangka akan berjumpa dengannya di sini. Sudah bertahun lama aku tidak berjumpa dengannya. Selepas tamat pengajian di tingkatan 5, aku menyepi dan dia juga menyepi.

"Eh, kau kenal aku lagi tak?"Aku cuba memegang bahunya. Dia nampak bingung. 

"Firdaus?

"Ha! Aku la, kawan kau masa sekolah dulu. Kita duduk sebelah-sebelah time kat kelas dulu. Ya Allah. lama sangat dah kita tak jumpa ni." aku memeluknya erat. Sungguh aku rindukan persahabatan kami dahulu.

"Kau macam mana sekarang? Sihat? Apa kau buat sekarang? Eh, kau duduk sini ke sekarang? Kenapa aku tak pernah nampak pun sebelum ni?" bertubi-tubi soalan ku tujukan padanya. Hisham masih lagi membisu.

"Eh, kau ni mamai ya?" Hisham tersenyum sumbing.

"Tak adalah Fir. Aku rasa macam tak percaya dapat jumpa kau semula di sini. di rumah Allah ini. Aku rindukan sahabat-sahabat aku dahulu." Riak mukanya berubah. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Kenapa ni? Takkan rindu aku sampai macam  ni sekali?" Aku bercanda dan tergelak sendiri. Hisham masih tidak respon. Aku berkerut.

"Kau jangan macam, Sham. Dah lama kita tak jumpa, senyum la sikit bila jumpa ni."

" Kau ada masalah ya?"

"Fir, aku tak mahu bebankan orang lain dengan masalah aku. Tapi aku tak mampu tanggung sorang-sorang. Sakit hati ni. Makin lama, makin makan dalam." Hisham mula menbuka mulut. Mukanya bagai sedang menanggung beban yang sangat perit.

"Okay. Sekarang aku ada dengan kau. Walaupun kita dah lama tak berjumpa but this time kau anggap je aku ni tempat kau luahkan perasaan. Dulu pun masa kat sekolah, aku juga yang kau carikan. Problem ngan awek la nk fly la apa la." Hisham memandang sayu ke arahku. Simpati sungguh aku. 

"Aku rasa dah tak nak hidup. I'm lost! I'm idiot! Aku memang tak boleh diharapkan. Semua hancur bila sampai kat tangan aku." Hisham membentak tiba-tiba. Ditumbuk-tumbuk dadanya.

"Eh, eh! kenapa ni? Jangan macam ni. Nyawa kau ni sangat berharga tahu tak? Orang lain kena bayar harga berjuta-juta untuk selamat sekeping nyawa. Tapi kau? nak hilangkan macam tu je? cuba cerita perlahan-perlahan. Mana yang mampu aku bantu, aku akan cuba sedaya upaya." Aku cuba memujuknya. emosinya tidak stabil. Nafasnya turun naik. Matanya kemerahan. Urat-urat lehernya mula timbul. Digenggam padu jari-jemarinya.

"Aku tak tahu apa lagi point aku nak hidup kat dunia. Semua musnah! Hancur! Hidup aku musnah. Aku dah tak de harapan." sekali lagi dia membentak.

"Apa yang kau buat sampai kau dah tak de harapan?"

"Aku dah tak de sebab untuk hidup. Bini aku tinggalkan aku. Syarikat aku hampir muflis. Rumah aku nak kene ambil. Kereta dan harta aku semua nak kena sita. apa yang tinggal untuk aku? Macam mana aku nak sara anak aku?" Hisham memandang aku. Air matanya mula mengalir perlahan.

"Kau dah kahwin?"

"5 tahun yang lepas aku kahwin. Dah ada 3 orang anak dah pun. Tapi dia dah tinggalkan aku."

"Anak-anak kau dengan dia?" Aku bertanya lembut. Aku urut lembut bahunya. Bertambah simpati aku mendengar ceritanya.

"Tak. Dia tinggalkan aku dan anak-anak kami. Time aku macam ni, dia sanggup tinggalkan aku?" Hisham mula meraup wajahnya. Tersedu-sedu dia menahan tangisan.

"Mak bapak kau mana?"

"Mereka dah meninggal dunia 2 tahun lepas. Aku tinggal di sini untuk uruskan syarikat bapak aku. tapi aku tak sangka kawan sanggup makan kawan. Bapak layan pak cik Hamid sangat baik. Terlalu baik but why he tends to betray him? Dia dah tak ada hati perut ke?"Aku diam. Biarkan Hisham meluahkan segalanya.

"I thought i can make him orang kepercayaan aku. Aku percaya tanpa ragu. Tapi aku yang bodoh. Terlalu percayakan orang lain." Hisham memandang bawah. Termenung.

"Sekarang kau tinggal di mana? mana anak-anak kau?"

"Aku masih lagi tinggal di rumah arwah mak dan bapak. Anak-anak aku masih bersekolah. Aku takkan biarkan mereka tahu masalah aku. Tapi minggu depan, mungkin pihak bank akan sita rumah tuh. Aku langsung tak dapat cari rumah sewa. Aku tak cukup duit. Aku dah muflis." Aku menarik nafas dalam. Aku terasa beban yang sangat berat. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

"Hisham, aku memang tak dapat nak bantu kau dari segi sudut kewangan. tapi kalau kau nak pinjam, aku ada je simpanan." Aku menawarkan bantuan. Hisham menggeleng.

"Hisham, kita kan kawan. Aku tak mampu tengok kawan aku macam ni. Aku tak nak kau sia-siakan hidup kau. hidup kau belum musnah. Ingat! Kau masih lagi  ada Allah. Yang menciptakan Kau. Masalah inipun datangnya dari Dia kerana Dia tahu kau mampu menanggungnya. Allah takkan bebankan hamba-hamba-Nya melainkan yang hamba-Nya mampu."

"Mana aku nak cari keyakinan dan semangat semula? Bini aku dah pergi. Selama ni aku ada dia. Dia dah tak ada. Mak bapak aku pun dah tak ada." keluh Hisham.

"Aku ada. Allah ada. Anak-anak kau! Itulah pembakar semangat kau untuk terus bangkit. Jangan abaikan anak-anak kau. mereka itu amanah Allah. Sesungguhnya Allah sedang uji kau, sahabat. Percayalah kalau kau cuba bertahan sikit lagi, pasti Allah akan tunjukkan hikmah-Nya."

Aku memegang erat bahu Hisham. Memberinya sedikit semangat.

"Permulaan tapak kau berdiri bukanlah dari syarikat bapak kau. Mungkin sebab bekerja di sana, langkah kau berjaya dulu bermula di sana, kau rasakan apabila syarikat kau muflis, kau pun hancur. Tapi Allah maha adil. Dia takkan biarkan hamba-hamba-Nya terseksa. Apa kata kau lupakan apa yang berlaku? Kau tawakkal pada Allah apa yang akan terjadi pada syarikat kau, rumah kau dan segala harta benda kau. Tapi ingat.. jangan putus doa." Aku hanya mampu memberi sepatah dua.

"Macam mana aku nak bangkit dengan masalah yang besar macam ni?" Tanya Hisham perlahan.

"Carilah tapak untuk kau berdiri."

"Mana aku nak cari tapak? Aku dah tak ada duit. Habis. Zero!" Hisham berkerut memandangku.

"Hisham, bukan itu maksud aku. Cubalah kau cari tapak untuk kau berdiri di akhirat sana dan aku pasti Allah akan sediakan kau tapak untuk berdiri di dunia ini." Hisham diam.

Hisham masih lagi diam membisu. Terhenjut-henjut bahunya. Mungkin menahan tangis.

"Salah aku. Salah aku. Aku lalai selama ini. Aku terlalu bangga dengan apa yang aku ada. Aku terlupakan Allah. Aku tak ingat Dia dalam hidup aku."

"Fir, aku takut. Aku tak tahu apa yang patut aku buat? Hidup aku dulu terlalu menyimpang. Hari ini, pagi ni, baru aku terdetik untuk datang masjid ni tapi aku takut nak masuk." 

"Kau tak masuk? Hanya duduk di luar?"Aku bertanya hairan. Sudah berapa lama dia di sini sebenarnya.

Hisham menggeleng. "Aku dah lama tak masuk masjid. Aku takut."

Aku menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin."Hisham. beginilah. Aku sebagai kawan kau hanya mampu berikan nasihat yang terbaik. Jejaklah kaki ke dalam. Masuklah. Allah tak pernah benci hamba-hamba-Nya. Sekalipun kalau kiamat, kalau ada benih kat tangan, tanamlah. Taubat tiada istilah lambat. " 

Aku bangkit perlahan. Menarik bahu Hisham sama. Aku membawa Hisham menuju ke dalam masjid. Sayu muka  Hisham tatkala kakinya menjejak selangkah ke dalam masjid. ALLAH! itu kalimah yang terkeluar dari mulutnya.

"Kau dah solat subuh  tak tadi?" Hisham menggeleng.

"Waktu dah nak habis ni. Tak apalah. Tunaikan sahaja solat. Ada wudhuk?" sekali lagi Hisham menggeleng.

"Tempat ambil wudhuk kat belakang sana." Kataku sambil menunjukkan arah pintu di sebelah belakang.

...........................................................................................................................

Aku lakukan sujud syukur atas nikmat yang Kau berikan ini Ya Allah. Kau selamatkanlah sahabatku ini.  Aku kerling arah Hisham yang khusyuk bersujud di hadapanku. Lama dia begitu. mungkin dia mengadu pada Allah. Aku membiarkan.




*Cerita ini hanya rekaan semata-mata.


Dr. bell just wanna say ingatlah apabila kita mula lalai dan terlupakan Dia. Maka akan datanglah musibah-musibah yang tidak kita jangka. Jangan marah. Jangan resah. Jangan mengeluh. Sebaliknya, muhasabahlah diri kita semula. Mengapa aku diuji? Allah masih sayangkan kita. Dia inginkan perhatian kita. 

Sama macam kanak-kanak, kalau dia rasa tersisih, parents ignore them. They tend to buat perangai. don't get mad at them. Don't scold them. Just have a think of yourself. Apa yang kita dah buat pada dia. Tak susah nak jaga budak-budak. Berikan kasih sayang yang cukup, maka akan jadilah insan yang sempurna kelak.

Same goes to our relationship with Allah. If we give Him love, Allah will give us LOTS of love. Selangkah kau pada-Ku, serinbu langkah-Ku padamu. Ini yang Allah kata.

Carilah tapak untukmu berdiri di akhirat nanti. Lihat ibadahmu. Sedekahmu. Amal jariahmu. Sempurnakanlah segalanya tika di dunia ini. Itu sahaja tapak untukmu berdiri dunia. Kerana kau takkan malu lagi untuk bertapak di dunia menghirup udara dan nikmat-Nya. 

Salam Ababah.....- ANAA'AA 




0 comments:

Post a Comment

I'm n0t G00d but Me is Me

My Photo
DR. BELL
Shah Alam, Selang0r, Malaysia
TiAda RinDu itu aku Hadiahkan untuk selain-MU Kecuali pada yang empunya Rindunya hanya untuk-Mu
View my complete profile