topbella

Sunday, April 15, 2012

Andai aku ibu bapamu wahai anak

AssalamualaikumWBT, Moga hari ini lebih baik daripada semalam. Apa yang ada untuk kita semalam itulah kenangan dan apa yang ada untuk kita hari ini adalah peringatan. Remember! Kita hidup hari ini adalah peluang. Grab the chance or you will regret by chance. 

Hari ini peluang Dr. Bell untuk share something. Not urgent but yet important. Do we have imagine one day we will be a parent? Mom Dad? Ayah Ibu? Ummi Abi? And what kind of children that we want? Mesti sume tengah tersenyum kan when we talk about this. Semua mesti make a character of our own son or daughter. How wonderful our life if we have such a wonderful children............ Selamat dunia akhirat! ^_^

Andai kamu adalah ibu bapa....

Ingatlah anak-anak itu adalah amanah, tak dapat dicari mana-mana lagi jika hilang. Andai Allah gantikan dengan yang lain pun tak bisa menyerupai satu anak kita yang lain. Ciptaan itu maha bijaksana. 

Andai kamu adalah ibu bapa...

Fahamilah.. Anak bukan hanya mahukan keselesaan yang teramat. Cukuplah tempat yang selesa di dalam hatimu. Berilah kasih sayang secukupnya. Manja itu lebih baik dari nakal. Dan ketahuilah anak manja yang berlebih-lebihan itu bukanlah 'manja' lagi, tapi keterlaluan.

Andai kamu adalah ibu bapa...

Mengertilah... Setiap patah kata yang keluar dari mulutmu akan dimakbulkan. Doamu tiada hijab wahai ibu bapa. Sebutlah yang terbaik untuk anak-anakmu kerana  nanti dialah yang terbaik untukmu. Tidak salah andai engkau memarahi mereka tapi tapislah kata-katamu kerana Malaikat sentiasa membawa doamu pada Tuhan di atas.


Dilemma anak :

  • Apakah yang aku lakukan ini cukup untuk ibu bapaku? Kenapa ibu dan ayah diam?
  • Apa yang ibu dan ayah ingin dariku? Mengapa tidak dinyatakan?
  • Aku sudah buat apa yang disuruh? Apa yang tidak kena lagi?
  • Mengapa aku yang dimarahi padahal bukan salahku?

Fikrah ibu dan ayah :

  • Anakku tidak perlu diajar lagi. Dia akan belajar dari kehidupan yang dilaluinya.
  • Anak-anakku melihat diriku berjaya pasti mereka akan mengikut jejak langkahku.
  • Tidak perlu dipuji, aku tidak mahu anakku terlalu bangga.
  • Aku bukan marah tapi nasihat.

Mungkin apa yang Dr. Bell comparison for certain cases in the family sahaja. I just make a research on what i saw and a few journal. So, if you are not one of this, you have to be alert! SEMEMANGNYA wujud hal sebegini di dunia realiti. Mungkin kita tidak kena tapi mungkinkah kita yang menjadi ibu bapa sebegitu nanti? Fikirkanlah.... Jangan seksa anak-anak dengan sikap kita. 

For sake's of our children... Kita ni yang menjadi ibu bapa nanti percayalah anak itulah cermin diri kita. Jangan kita salahkan perngai anak-anak yang nakal, memukul, merotan andai kita tak tilik semula diri kita. Zaman sekarang, jangan disalahkan takdir andai anak yang dididik dengan asas agama akan berubah liar apabila meningkat dewasa. Bukan salah takdir! Tapi salah kita! Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak. Anak-anak itu hanya sehelai kain putih yang suci Allah kurniakan. Kita yang mencoretkan segala warna-warna kehidupan anak itu. 

Agama kita bukanlah hanya ada asasnya. Bukan ketika waktu kecil sahaja anak-anak didedahkan dengan pengetahuan agama. Kemudian, semuanya diabaikan apabila semakin meningkat umurnya. Ingatlah! Nabi ajar kita supaya berpesan-pesan. Kenapa? Kerana manusia mudah lupa. Jika anak itu tidak sentiasa diberi peringatan, makan hilanglah semua asasnya. Mengapa tidak dikuatkan lagi asas yang ada?

Kita as parent jangan ingat jika anak-anak sekolah tinggi semua benda dia akan tahu dengan sendirinya. Sesungguhnya didikan ibu bapa itu lagi anak-anak akan hargai. Apabila dia cuba memasakkan ibu bapanya, pujilah walaupun apa pun rasanya. Jangan diperkotak-katikkan masakannya kerana salah kita! Adakah kita sudah mengajarnya yang sepatutnya? Hargailah apa yang dilakukan kerana anak itu sangat ikhlas hatinya. 

Lastly Dr. Bell just wanna say.. DEVELOP YOUR PARENTAL SKILL...  for your future children. Jadikanlah diri kita ini dalam diri anak-anak. Kalau dulu ibu bapa kita tidak sebaik dan sebagus yang kita harapkan, tanamkan dalam hati yang "Anak-anak aku tidak akan dapat ibu bapa yang sebigini. Insya-Allah.."

Ilmu keibu bapaan ini bukanlah mudah kerana kita sedang mendidik seorang khalifah. Terlau banyak onak dan likunya. Ilmu itu semuanya dari Allah. Berdoalah agar urusanmu untuk mendidik sang khalifah dipermudahkan. Seorang khalifah tidak akan terlahir dengan didikan yang hanya cukup-cukup makan. Khalifah itu akan mentadbir negara dan mengimarahkan dunia. Wahai ibu bapa, lahirkan khalifahmu yang bulat tekadnya untuk agama dan sekian Muslim. Seru roh dalam dirimu bahawa aku lahirkan anakku ini kerana Allah dan aku  sedang mengajar seorang pembantu jalan Allah.  Aminnn...............



* Islam hampir menang. Doakanlah untuk saudara kita di Syria, Palestin dan mana-mana pun mereka berjuang. Andai diri ini mampu berjuang, sudah lama aku bertapak. Namun, aku masih lagi tidak mampu hijrah untuk diriku. Janjiku pada-Mu Ya Allah, zuriatku akan ku didik untuk agamamu.





Salam Ababah.....- ANAA'AA






0 comments:

Post a Comment

I'm n0t G00d but Me is Me

My Photo
DR. BELL
Shah Alam, Selang0r, Malaysia
TiAda RinDu itu aku Hadiahkan untuk selain-MU Kecuali pada yang empunya Rindunya hanya untuk-Mu
View my complete profile