topbella

Tuesday, January 17, 2012

Jika Itu Mahumu

AssalamualaikumWBT... Bismillahirrahmanirrahim... Aku hanya memohon keredhaan-Mu dan memohon kecintaan-Mu dalam apa jua yang aku lakukan Ya Allah...

Tuesday, sayeda Zainab, Cairo - 9.34pm... Alhamdulillah.. Dr. Bell is back. I'm happy to get back. I'm no more stuck. Pray for me, guys. Allah there for me and i know u're all the same. Insya-Allah.. ukhuwah fillah abadan abada. 


..................................................................................................

Hadapilah segala apa yang diberikan dengan seikhlas hati. Terimalah segala apa yang dihadiahkan dengan hati yang terbuka. kerana kita takkan tahu apa yang akan Dia persembahkan untuk kita di kemudian hari. Mungkin hadiah inilah jalan kita menuju syurga-Nya yang abadi. Hikmah Dia itu adalah rahsia Dia. Andai kita mencari, ia datang. Andai kita meratap, ianya menjauh. Berbahagialah dengan hidup kalian. kita hidup sekali dan ini sahajalah tempat untuk kita menyemai benih ibadah dan pahala sebagai bekalan. jangan terlalu dilayan mainan duniawi. Bazir! Membuang masa. Dia di atas melihat kita di sini bagaikan satu  persatu program tv. Setiap dari kita mempunyai kisah hidup yang lain tetapi ingatlah matlamat kita takkan ada pernah yang lain. Wallahu 'alam.

Aku tersandar lesu di kusyen kereta. Menanti mungkin hujan yang lebat di luar akan mula reda dan aku dapat mulakan perjalanan. Tidak berani lagi memandu dalam keadaan hujan lebat kerana pengalaman burukku. Terngiang-ngiang suara ustaz Marzuki di radio tadi. Terimalah dengan hati terbuka. Hadapilah dengan ikhlas. Tapi bagaimana?? Kalau itu bukan kehendak aku?? Wajarkah aku menipu diriku?? Bukankah Islam mengajar agar jangan menjdi hipokrit.

Aku memejamkan mata. Kalau dikutkan rasa hati, mahu sahaja aku tidak pulang ke rumah. Kusut! Namun, aku masih lagi sedar tanggungjawab aku. Sebenci manapun aku padanya, tidak sesekali aku sanggup melakukan dosa. Syurgaku pada si dia.

Aku mengusap perutku perlahan. Salah siapakah ini? Tidak mampu aku menahan air mata yang dari tadi bertakung. sakitnya hati! Pedih! Aku terluka! Aku keseorangan.... Ya Allah... hanya itu yang mampu aku sebutkan di kala ini...


"Sayang, kenapa balik lambat hari ni?" Aku pandang sekilas wajahnya. Berkerut dahinya tanda risau.

"Hujankan tadi. Saya mana boleh drive kalau hujan." 

"Kan abang kata if u've any problem, then just make a call to me. i'm so worried." Amar melabuhkan diriya di sebelahku. aku cuba mengengsot sedikit ke sofa sebelah.


"See your face. So gloomy. Anything wrong today? Just tell me sayang."


Aku mendiamkan diri lagi. Tak sanggup rasanya untuk aku melihat mukanya. Menambahkan rasa sakit yang ada. Aku memejamkan mata dan mula menyandarkan kepala di kepala sofa. Cuba melupakan bayangan si dia. 


"Sayang, please... smile for me once..." Amar merayu.


Aku menjeling. Arggghhhh!!! Just go! I don't need you, bastard! hati kecilku meronta-ronta. Minta berseorangan. 


"I know you want me to leave but i'll not. Because i want to know the exact story. Why dear? How your morning sickness? Getting better?" Amar merapati aku perlahan-lahan. Tangan kiriku sudah berada dalam genggamannya. Lembut dia mengurut. Aku mula rasa selesa. Hilang semua masalah.Terasa dihargai. Terasa damai. Tiba-tiba aku terasa ada tangan membelai perutku........


"Hey! what are you trying to do? Just go! Just go!" aku mula hilang punca. Bukan dia yang aku inginkan. 


"Sayang... please... You can't get mad like this. Nanti you tension. and that make worse for our baby." Amar cuba mengapai tangan aku.


"Just go! Just go! I beg! I don't need you..." Aku merayu... terasa ada pergerakan dalam perutku. Aku tersenak. Ahhh... Sakitnya. aku terduduk kembali atas sofa. Menahan sakit dan loya yang mula menerjah.


"Are you okay sayang?" sekali lagi Amarr merapati. aku tidak terdaya untuk menolak. Kubiarkan dia membelai rambutku. Nafas aku naik turun menahan sakit yang tiba-tiba. Ingin muntah tapi tidak terkeluar apa-apa.


" Okay.. Okay.. I don't want to disturb you..but.. just this one time... let me bring you upstairs. You tak boleh berehat if duduk kat sofa macam ni." aku sekadar mengangguk. Badanku lemah sekali. 


....................................................................................................


Aku cuba membuka mata perlahan. Sunyinya! Cahaya malap dan suram mula menerjah mataku. Terdengar dengkuran halus di sebelahku. Oh! Baru aku teringat kejadian sebentar tadi dan rupa-rupanya aku terlelap. Bingkas aku bangkit apabila teringat aku masih lagi belum menunaikan solat Isyak.


"Ya Allah. Aku masih lagi dalam samar-samar. Apakah jalan ini yang terbaik yang Kau tentukan untukku. Kalau benarlah begitu, kenapa hati aku ini masih lagi tidak dapat menerima? Aku sudah tidak mampu mencari hikmahmu Ya Robb. Semakin hari hatiku makin sakit. Seringkali aku menyakiti suamiku. Aku tahu aku berdosa namun aku tidak dapat membendung apa yang aku rasa. Aku mohon Ya Allah berikan aku ketenangan. Andai anak yang aku ku kandung ini akan memberikan aku kebahagian, redhakanlah hati hamba-Mu ini untuk mengandung dan melahirkan dia. Bukakan hati ku sebagaimana lapangnya suamiku menerima ku. Lupakan apa yang telah berlalu dan Kau kuatkanlah hatiku untuk terus melangkah. amin ya robbal alamin." Aku menyapu mukaku yang penuh dengan air mata. Lencun telekungku. 


Aku melipat telekung dan melangkah perlahan ke katil. Tenang sungguh wajah suamiku yang ketiduran. Abang.. Maafkan sayang.. Andai hati ini boleh dikawal dan diprogram, sayang sudah lama buka seluas-luasnya untuk abg. Aku mencapai tangannya dan aku mencium selembut mungkin. Maafkan Hani abang... 


............................................................................................................




3 Januari 2014


"Ummi, hari ini Ira ada program kat sekolah. Ummi boleh datang tak sekolah tak?" tiba-tiba anakku bersuara ketika kami sedang menikmati sarapan di ruang makan.


" Program apa Ira? Ummi ada banyak kerja la hari ini.. Banyak appointment dengan patient hari ini." aku mula mengingati hari ini sememangnya penuh jadual kerja ku di klinik. 


"Program tu dari pagi tapi tak pe la Ira tak suruh ummi datang program tu dari pagi. Ira tahu ummi sibuk. Tapi kalau petang tu, ada jamuan. ummi boleh pergi tak?" Comel sahaja tangannya menyuap kokokrunch ke dalam mulut kecilnya.


"Errmmm... ummi tak janji. Tapi ummi cuba. Takpun apa kata Ira just ask baba.. Maybe he can." Aku mencadangkan apabila terlihat suamiku melangkah ke arah kami.


"Yes my love. What do you want? Are you make trouble with your ummi?" Amar merapati Ira dan mencium pipi anak daranya.


"No, but i was just inviting ummi to jamuan i told baba last night." Ira menerangkan.


"Owh. So how? Ummi agree?" Ira mengelengkan kepalanya dan menunduk. Amar memandangku. 


"You busy ke today? Langsung tak ada masa?" Lembut Amar bertanya. Aku mula tidak puas hati.


"You tahu kan i memang selalu tak ada masa. As a doctor, i got my patient. You can't make me just to leave my work!" Aku mula meninggikan suara.


"Okay.. Okay.. I'm just asking. Yang you nak naik darah tu kenapa? You tak dapat pergi tak apalah. I try to make it petang nanti."


"You deserved that. Tuh kan anak you. Then you should la." Aku bingkas bangun dan terus mengambil kunci kereta.


.....................................................................................................




Aku buka pintu perlahan. Gelap gelita tingkat bawah rumahku menandakan suamiku dan anakku sudah pun berada di dalam bilik. Aku melangkah naik ke tingkat atas. Tiba-tiba aku terdengar suara gelak tawa dari bilik anakku. Aku cuba menjenguk. Oh! Amar sedang membacakan buku untuk Ira. Aku sekadar tersenyk apabila bertembung mata dengan anakku. 


"Ummi! Sini la ummi. Best cerita ni. Baba belikan Iran buku baru. Ummi tak nak dengar sekali?" Sopan anakkku menuturkan kata.


"Tak apelah. Ira baca buku dengan baba ya. Ummi nak mandi dan solat." aku menolak lembut. Hati aku tawar untuk duduk sekali bergelak tawa. Mungkin letih.


"Ala ummi. Sekejap je. Please.. Please.." Anakku merayu. Sungguh! Sikap merayu itulah yang paling aku benci kerana cara itu sama seperti yang suamiku lakukan.


"Ira, Ummi just need my rest. You stay with baba here and get sleep when you're done. It's too late now." Suaraku tegas. Aku memandangkan wajah anakku. Berubah wajahnya. Mungkin terasa. tapi Arrrgghhh!!! apa yang aku lakukan ni.. Aku terus melangkah.


Aku baru ingin menutup pintu bilikku tapi ada seseorang menolak dari luar. Amar!


"You memang letih sangat ke?"


"What kind of question you're asking me? Can't you see?" Aku mula berkerut memandangnya.


"Okay.. Listen.. I don't want to argue. But can't you fulfill Ira's demand even just one?" Amar pejap kejap kedua-dua lenganku. Memaksa aku memandangnya. Tepat dia merenungku.


" He's your daughter. then you go. I leave it to you. Apa lagi masalah?"


"Hey! She's ours! Sayang, you tak boleh buang anak kita macam tu je. Ira lahir sebab cinta kita. Kasih sayang kita." Aku terlihat garis-garis urat mula timbul di leher Amar. Suaranya meninggi. 


"Cinta kita?? What's nonsense! I never love you Amar. Kasih sayang i tak pernah ada untuk you. You tahu atau buat-buat tak tahu?" Aku memerli kerana aku tahu dia tahu hakikat sebenarnya.


"Sayang, itu kisah lama. Cerita lama. you dah ada hidup baru sekarang. Can't you just accept what you have now?" 


"Yes, i do. And i'm here now. What do you expect for me to do?"Aku bengang.


"You memang saje kan. Nur Balqis Hanani.. I cintakan you sangat-sangat. I sayangkan you sepenuh hati. No body else can take your place in my heart. Takkan langsung tak ada tempat untuk i dalam hati you? I dah jadi suami you sekarang.. sikitpun you tak mampu terima i lagi?" Amar megoncang-goncang badanku. Matanya mula kemerahan.


"You want me then you get me. I gave you Ira. Then, that's enough! What's more?" Aku menengking suamiku. Aku hilang sabar. Tak mugkin cintaku beralih arah. Hanya dia yang aku cinta. Kenapa perlu orang lain hadir menggantikan dia. Aku mahukan dia. Aku penat mengejar bayang-bayang dia tapi mana mampu aku lenyapkan bayang-bayang dia dari diriku.


Amar diam. Perlahan dia melepaskanku dan melangkah perlahan keluar dari bilik. Longlai langkahnya namun aku tidak akan sekali-kali menahan.
........................................................................................




Hari ni cuti. Sengaja aku bermalas-malasan atas katil. Amar tidak tidur denganku semalam. Mungkin dia di kamar Ira. Aku kembali selubung.


Perutku berbunyi. Laparnya. Aku bangkit dan membuka pintu. Sunyi sepi. Pelik! Amar dah bangun ke? Aku terus melangkah ke kamar Ira. Kosong! Katil tersusun rapi.


Aku berlari ke tingkat bawah. Kosong! gelap... Memang mereka tiada. Aku mengintai di luar rumah. Sah! Memang Amar tiada. Keretanya tiada di garaj luar. Mungkin beli sarapan. Aku menyedapkan hati.


Hisy! Dah dekat maghrib ni. Kenapa diorang tak balik lagi? Ingin sekali aku cuba menelefon tapi aku segan. Semalam aku bergaduh dengan Amar dan hari ini aku yang mencarinya? Oh! Tidak. Aku takkan telefon. Aku mengenggam erat telefon bimbitku. Bimbang! Tapi bukan ini ke yang aku mahukan? Ketenangan dan kedamaia. tanpa Amar dan Ira? Bukankah selama ini aku mengharapkan mereke lenyap dari hidupku? Lantas apa perlu aku bimbangkan?


Ahhh! Aku cuma risau. Aku tidak pedulipun. Lantaklah ke mana mereka pergi. Aku bukan risau tapi kalau nak keluarpun, inform la dulu. Tidak lah aku tercari-cari.


Kau risaukan merekakan? Kau sayangkan mereka kan? Selama ni kau hipokrit! Keras hati! Ada suara yang bagai memprovok aku.


TIDAK!! Mereka tidak pernah ada dalam kamus hidup aku. Mereka hanya menghancurkan impian aku. Mereka hanya mengambil kesempatan atas apa yang terjadi dalam hidup aku. Aku masih lagi setia dan aku masih lagi cintakan dia. Hanya dia!


Lupakanlah apa yang berlalu. Hargailah apa yang kau ada sekarang. Apa yang lepas itu hanya masa lalu kau. Sekarang, banyak lagi yang kau perlu fikirkan. Jangan jadi bodoh! Masa lalu takkan berulang. Pandanglah ke hadapan. Bertubi-tubi kata-kata itu menusuk hatiku.


TIDAK!! DIAM!! DIAMM!! DIAMM!!


Kring!! Kring!! Kring!! Telefon rumah berbunyi minta diangkat. Pantas aku bangkit.


"Assalamualaikum. Puan Balqis?"


"Ya saya."


"Kami dari pihak Hospital Besar Klang. Suami puan kemalangan bersama anak puan. Dia terpaksa dimasukkkan kedlam ICU. Keadaannya kritikal. Anak puan cedera dan masih dalam rawatan. Mungkin puan boleh ke sini segera. Anak puan perlukan puan." sejurus pegawai menghabiskan kata-katanya. Aku terkedu! Kemalangan? ICU? Kritikal? Anak aku? Aku terduduk di lantai. Ya Allah, andai ini takdirmu.................




.........................................................................................




"Ummi! Ummi! Baba darah.. Baba tersepit!" Ira menjerit apabila ternampak aku berjalan ke arahnya. Kepalanya berbalut dan ada kesan tompokan darah pada bajunya. matanya merah dan ada air yang mengalir perlahan. Aku sebak. Terus Ira aku peluk. Aku usap belakangnya. Aku tenangkan Ira. Aku peluk serat yang mungkin. 


"Ummi.. baba... Ira nak baba.. baba sakit. baba tak gerak tadi bila Ira panggil. Banyak kali Ira panggil." Tersekat-sekat suara anakku menerangkan. Tidak tertahan air mataku. Aku masih lagi memeluk Ira erat! Aku takut. Ya! Aku takut.. takutkan kehilangan... 


"Ira, baba akan selamat.. Percaya cakap ummi ya. You believe me right? Ira kan good girl." Aku meyakinkan Ira padahal aku sendiri tidak mampu menahan perasaanku. Air mata terus megalir. Aku makin tidak paham apa yang aku rasa. Kalau benar aku benci pada suamiku, mengapa dada aku terlalu sakit apabila memikirkan aku akan kehilangan dia? Ya Allah, selamatkan suamiku.... Kasihanilah anakku..


30 minit berlalu.........


Aku cuba menidurkan Ira. Terlalu banyak anak itu menangis. Suamiku masih lagi dalam bilik bedah. Lampu itu tidak padam dari tadi. aku cuba menenangkan diri. Sedari tadi aku cuba zikir. Ku titipkan doa untuk suamiku.


........................................................................................


"Baba!! Are you alright? I'm so worried. Baba! Baba! Wake up. Ira here. Ummi! see baba. Baba buka mata." Aku masih termangu-mangu. Tidurku diganggu dengan suara comel anakku. Terasa tanganku ditarik agar bangun. Aku bangun dan masih lagi bingung. Aku cuba menggosok mata. Ya Allah! suamiku tersenyum memandangku... Aku bermimpikah?


"Ummi! Baba... baba wake up already..." Ira sungguh teruja melihat Amar mula membuka mata dan memberi respon. berakhirlah penantian kami selama ni. Sudah seminggu lebih Amar tidak sedarkan diri. Dan hari ini Allah perkenankan doa ku. Terima kasih Ya Allah....


Aku merapati Amar perlahan. Dia melepaskan pelukan pada anaknya dan memandangku.


"You sihat?" soalan pertama yang keluar dari mulutnya. Kenapa aku rasa rindu aku selama ini terlerai apabila mendengar suaranya. Luruh segala rasa. Aku tidak dapat menahan rasa hati. mengalir air mataku.


"Why are you crying dear? You hate to see me awake?" Ya Allah, sesungguhnya tidak terlintas lagi rasa benci untukmu suamiku. Aku menanti setiap detik agar dia bangun.


"Okay.. just leave me Hani if i hurt you. i can't see you crying in front of me."Amar mengalihkan pandangannya dariku. Aku tidak mampu menanhan tangisan. Berjurai-jurai air mataku. 


"Abang..." perlahan aku memanggilnya. Tiada respon. 


"Abang.." sekali lagi aku memanggilnya. Masih lagi dia berpaling. Lantas aku mencapai tangannya dan genggam erat. 


"I minta maaf. I banyak buat salah pada you. Please forgive me." Amar mula berkalih.


"Sayang.. I dah lama maafkan you. Dari mula kita kahwin sampai la sekarang. even if i die, i'll forgive you without any condition. I love you with my deep heart." Mendengarkan katanya membuatkan aku terus mencium tangannya. Ya Allah.. berdosanya aku selama ini.... 


"I tak tahu apa yang i rasa. I masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi masa tuh. Then, you datang. I rasa macam terpaksa. I rasa macam dipaksa. I rasa you saje ambil kesempatan atas apa yang berlaku."


Amar tarik nafas dalam. "You tahukan dari dulu i cintakan you tapi i redha bila you memilih Amri sebagai pasangan you sehidup semati. Itu hak you. I can't make you to choose me. but then when he's gone, i tak sanggup tengok you sedih. I tahu you takkan terima i sebab itu i merayu pada mama and papa you agar get us to nikah. I tak sangka diorang setuju. Maybe they saw you look so depressed." Amar mengucup lembut dahiku. Aku masih lagi tersedu. 


"I cintakan Amri dengan sepenuh hati i. I tak sanggup nak alihkan cinta kami. I rasa macam i khianati cinta kami. Sebab itu i rasa benci pada you." luah aku dalam tangisan. Biarlah semuanya terungkai hari ini. Aku tidak mampu lagi menyimpan apa yang aku pendam.


"I tak suruh you padamkan cinta you pada dia. Cinta you pada dia itu adalah milik dia. Dia lebih berhak. I tahu you both were truly in love. But then when he's gone, bukalah hati you untuk orang lain menginap. Kebahagian you, kebahagian Amri. Believe me that he also want you to be happy. Let yourself be happy."


Aku terus menangis dan terus menangis. Aku tidak sedar bila masanya aku berada dalam dakapan suamiku. Ya Allah, Kau maha pengasih...


.................................................................................................


"Ummi! Kan baba dah pesan ummi jangan buat kerja berat-berat." anakku mula membebel. Dari malam tadi ditegahnya aku melakukan sebarang kerja. Amar outstation selama 3 hari di Pulau Langkawi.


"Ala, tapi ummi nak mop lantai ni. Kan dah kotor tuh." Aku  menunjuk ke arah lantai di depanku dan mula merayu pada anakku.


"No! Baba told me to jaga ummi elok-elok. Baba kata kalau nak dapat adik cepat then you'll have to watch mama carefully." Ira mula bersyarah sambil bercekak pinggang di hadapanku. Aku tergelak senang. Anakku ini cerdik sungguh. Amar... ada ke patut pesan begitu... aku tersenyum teringatkan suamiku.


Telefon bimbitku berdering. Ira mencapai dan diberikan padaku. Aku tersenyum.


"Assalamualaikum." Kedengaran suara di hujung sana. Sudah ku kenal.


"Wa'alaikumussalam. sihat?"Aku bertanya.


"Sihat. You sihat tak? Any complication? Can't wait to see you dear. I rushed back malam ni kot. kejap lagi i settled. I tak boleh lama ni. I called you back bila i dah nk on the way nanti ya. I love you sayang."


Tidak sempat aku membalas kata-katanya. Amar sudah meletakkan panggilan. Sibuk sungguh dia. Kasihannya.


"Ira... baba is coming back tonight." Muka Ira bercahaya. 


"Seriously? Yeay! Baba can read book for me." Ira mula menari keseronokan. Aku hanya tersenyum.


"No.. Give baba time to relax okay.. Promise me?" kataku sambil menunjukkan ibu jari pada Ira tanda 'deal'. Ira mula buat muka. Aku pandang dia sekali lagi. Akhirnya, dia tersenyum. Anakku ini sungguh mendengar kata. Terima kasih ya Allah...


"Ya Allah, bagaimana untukku bersyukur kepada-Mu atas nikmat-Mu yang tidak terhingga ini? Kau hilangkan dia dan Kau hadirkan satu lagi cahaya yang sangat terang. Kau hadiahkan kepada ku sesuatu yang lagi bermakna. Maafkan aku kerana mempersoalkan apa yang berlaku dahulu dan tidak percaya dengan hikmah yang ingin Kau tunjukkan. Terima kasih atas nikmat bahagia yang Kayu berikan padaku hari ini. Peliharalah hubungan kami sekeluarga. Moga kehadiran orang baru ini lagi memeriahkan hidup kami. Amin Ya RObb.."


*cerita di atas tiada kena-mengena dengan sesiapa pun. 


Apa yang Dr. Bell wants to tell is about Jangan mempersoalkan takdirmu. Apa yang Allah kurniakan itulah yang terbaik untukmu. If He make you lost something, he will give the new one. Allah itu sangat adil dan maha pengasihani. Terima apa yang ada dan jangan pandang ke belakang. People who success in the future whose didn't see thier failure but they remember it to be succeed. understood? hehe.. Kita boleh ingat kegagalan kita hanya jika sebagai pembakar semangat untuk lebih maju ke hadapan.


Hargai apa yang kita ada sekarang kerana kita sudahpun kehilangan yang lepas dan kita tak tahu apa yang ada untuk kita pada hari yang mendatang.







Salam Ababah..... - Dr. Bell



















 

3 comments:

E n t o y C a i r o said...

panjangnyerrrr..zick zack la..x salah rasanya..hehe..

ya robbi..kuatkanlah sahabat hambamu seorang ini ya robb.

DR. BELL said...

uiksss... zick zack?? x phm la.. hehe..

Arifah Mardhiyyah said...

waaa..interesting..best2..menarik..

betul..somtimes what Allah gives to us is the best 4 us..no matter we like it or not..but seriously, His arrangement is very nice, and He know the rest~ :)

keep writing cerpen yg best lg.. :)

Post a Comment

I'm n0t G00d but Me is Me

My Photo
DR. BELL
Shah Alam, Selang0r, Malaysia
TiAda RinDu itu aku Hadiahkan untuk selain-MU Kecuali pada yang empunya Rindunya hanya untuk-Mu
View my complete profile